Mata adalah kurniaan Tuhan yang tidak boleh di abaikan. Kata orang-orang yang berilmu "Mata itu salah satu pintu untuk mengenal Pencipta!" Bagaimanakah hendak mengenal Pencipta sekiranya tiada berilmu! Perhatikan Surah Al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Al-Alaq ayat 3-5 "Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manuisa apa yang tidak diketahuinya."
Saya telah berkahwin dengan suami saya selama 28 tahun dan sepanjang masa saya perhatikan beliau sangat suka membaca. Membaca baginya bagaikan darah-dagingnya iaitu sesuatu yang sangat digemarinya sehingga diwaktu makan dan sebelum tidur beliau tetap membaca tetapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan bahawa beliau agak resah dan termenung. Pada kebiasaannya suami saya tidak akan meluangkan masanya berlalu dengan sesuatu yang tidak berfaedah seperti termenung, bercerita kosong, menonton TV atau melayan cerita-cerita di you tube.
Beberapa tahun yang lalu dia mengatakan bahawa dia memerlukan kaca mata. Beliau ini agak aneh kerana beliau tidak suka sesuatu peralatan atau hiasan seperti jam, telephone, cincin dan lain-lain tersangkut di anggota badannya kecuali pakaiannya... hehehe. Kaca mata adalah sesuatu yang sangat dibencinya kerana alat ini akan menyakitkan telinga serta menganggu cara kehidupan hariannya.
Menyedari keadaan ini saya telah menempah kaca mata khas serta mahal yang diperbuat daripada titanium, "high index", "sun block" dan apa-apa saja supaya dia selesa dengannya tetapi sayang seribu kali sayang kerana kacamata tersebut tidak digunakan. Akhirnya mata beliau semakin bertambah teruk dan perwatakannya mula berubah. Membaca adalah cara untuk menambahkan ilmu, tidak kira apa yang dibaca. Bagi beliau, seseorang yang agak "senior" lebih gemar membaca kitab, terjemahan Al-Quran, tafsiran atau sesuatu yang berkaitan dengan ugama.
Sebenarnya membaca itu boleh menambahkan ilmu sekiranya kita tidak terus membaca ilmu yang telah diketahui akan luput dimakan masa dan kehidupan akan menjadi hambar! Itulah agaknya yang dialami oleh suami saya. Bayangkan kalau anak-anak yang pergi kesekolah TIDAK BOLEH MEMBACA! Fikir-fikirkanlah sendiri!
Pada suatu hari saya telah didatangi oleh seorang kawan. Kawan saya ini sebenarnya berkaca mata tetapi kali ini beliau tidak memakainya. Setelah mencungkil rahsianya saya diberitahu bahawa beliau setiap hari minum "KOPI MATA"! Saya ingatkan dia bergurau tetapi beliau bersungguh sungguh menceritakan mengenainya. Alahai, alangkah baiknya kalau mata suami saya dapat dipulihkan.
Tanpa berfikir panjang saya ingin mencuba untuk suami saya. Sesungguhnya Allah swt yang menjadikan sesuatu penyakit dan sekiranya bertepatan dengan obat dengan kehendakNya juga penyakit itu akan sembuh. Bagaikan pujuk dicipta ulam mendatang! Suami saya memang sukakan kopi...hmm kopi mata macam mana? Jawapannya "ngam!"
Beberapa hari yang lalu saya telah ke kedai buku dan hampir saya TIDAK PERCAYA dengan apa yang saya lihat, SUAMIKU MEMBACA TANPA KACA MATA! Malahan teks-teks yang dibacanya terlalu halus! Baru mencuba selama tiga kotak tetapi kesan sungguh memberangsangkan! Alhamdullah! Ya-Rahman Ya-Allah!
Tiada salahnya sekiranya sesuatu yang baik dikongsi bersama: Untuk yang "senior" dan mereka yang mempunyai masalah mata silalah layari www.kopimata.com.my atau kalau susah untuk memilikinya bolehlah hantar "message" kepada saya dan bagi mereka yang tidak boleh membaca silalah layari www.facebook.com/educahayaku atau www.cahayaku.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
No comments:
Post a Comment