Inilah yang dikatakan disleksia! Perhatikan susunan abjad yang sedang ditulisnya dan bandingkan dengan abjad yang berada dibawah!
Guru Cahayaku yang mahir dengan Sistem ini akan mencari ciri-ciri "special" yang lain didalam diri pelajar. Apabila pengajar sudah dapat mengesan serba sedikit ciri-ciri tersebut, maka mudahlah untuk dia mengajar.
Disleksia bukan sahaja melibatkan penulisan terbalik atau kecelaruan bentuk abjad "b dan d" atau yang lebih teruk lagi akan bercelaru "b, d, p dan q", memakai selipar secara terbalik juga adalah tingkah laku disleksia. Sukar untuk memastikan tangan kanan atau kiri dan sukar juga untuk mengkoordinasikan bentuk abjad, buyian abjad dan nama abjad. Para dyleksia juga sangat sukar untuk mengeja dengan betul atau membina susunan ayat dalam penulisan.
Disini saya tuliskan beberapa ucapan para disleksia, "bersin" akan disebut sebagai "semerin". "Sepatu" akan disebut sebagai "tusepe" atau "tuse" dan pelbagai-bagai sebutan yang aneh-aneh akan terkeluar didalam ucapan mereka. Ada juga dikalangan mereka tidak dapat menentukan arah seperti "timur, barat, utara atau selatan".
Bagi saya dyleksia tidak boleh diubat tetapi mereka perlu diajar dengan cara bagaimana untuk menganalisakan paten pemikiran mereka sendiri serta memahami dengan apa yang mereka pandang serta dengar dan memproseskan maklumat yang diperolehi sebelum meluahkan pendapatnya. Purata kefahaman mereka akan terbalik daripada manusia biasa.
Kalau tidak diajar atau dibetulkan sudah pasti ucapan-ucapan yang sering-kali kita terdengar seperti ini: "Lain yang dicakap lain pula yang dibuatnya!" atau "kita cakap lain tapi dia faham ikut lain!". Kebiasaanya ucapan-ucapan seperti ini akan mengudang pergaduhan dan yang lebih malang lagi sekiranya disebelah pihak mempunyai ciri-ciri tentrum!
Adakah mereka-mereka ini bodoh atau degil atau tidak peka? Sebelum anda menjawab soalan ini, fikir-fikirkan dahulu. Tahukah anda bahawa ide "software window" atau "microsoft" itu dicipta oleh seorang lelaki disleksia? Cukuplah sekadar ini saya menceritakan mengenai dunia disleksia yang saya petik daripada kajian penyelidik Cahayaku.
No comments:
Post a Comment