Thursday, June 20, 2013

Terasing dan asing.

Sejak akhir-akhir ini saya dan suami selalu saja kesuntukan masa kerana tugasan diluar sehinggakan tiada masa untuk meng-update blog malahan bersama-sama dengan keluarga sendiri pun hampir tidak ada.
Baru-baru ini anak-anak saya mengajak saya mencuba sesuatu tersangat asing. Masakan "Russian Food". Alahai bagi saya untuk mencuba sesuatu masakan selain daripada orang melayu agak sukar. Tetapi demi menjaga EQ anak-anak saya serta suami terpaksa juga untuk mencubanya. Bagi suami saya, dia tidak kisah mencubanya sebab beliau sudah biasa dengan masakan orang asing yang pastinya bagi makanan bakal dimakan itu mestilah halal.
Sebenarnya Restoran ini dimiliki oleh orang Russia berugama Islam dan semua pekerjanya adalah terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. Didalam restoran ini hanya makanan dan minuman yang halal sahaja disediakan. Restoran ini sudah beroperasi selama 1tahun. Dalam restoran ini perhiasaannya teratur rapi dan bersih.
Kalau sekali pandang restoran ini dihiasi dengan meja-meja kayu yang agak antik. Kelihatan seperti kayu jati atau cherri wood.
Kali ini kami dilayang oleh Roslan (asal keturunannya ialah campuran Turkistan & Russia). Beliau bertutur dengan kami menggunakan bahasa Engris sahaja tetapi sepatah dua kata terkeluar juga perkataan melayu. Ini kata-katanya "just like RENDAN".
 Menu restoran agak terasing bagi saya dan terpaksalah saya banyak bertanya kepada Roslan mengenainya. Roslan adalah salah seorang ahli keluarga pemilik restoran ini. Beliau sangat mesra dengan kami dan kesemua soalan saya dijawabnya dengan tenang malahan beliau sangat bersopan santun.
 Air menuman seperti didalam tertara diatas... jangan harap nak minum air tembikai. 
 Masakan ini saya terlupa namanya tetapi ia mengandungi sayur-sayuran, ubi kentang dan lain-lain lagi yang pastinya sedap!
 Ini adalah sebahagian kecil daripada pesanan kami. Saya sedang mencuba "samusa" tapi tak sama rasanya dengan samusa yang pernah yang makan malah dia lebih sedap.
 Hmm... yang berkeping-keping tu rasanya sangat lain... nak tahu tapi jangan terkejut... daging kuda! Omak sedap pulak rasanya tapi panas badan dibuatnya.
 Ini adalah pesanan makanan yang di order oleh Omer Niaz, daging dan ubi kentang lecek memang sedap. Sebenarnya Omer tidak gemar makan daging lembu tapi mengikut katanya kalau di restoran ini dia suka makan daging lembu.
 Kalau orang Malaysia kata ini "roti benggali" tapi yang ini bukan. 
 Sekali imbas nampak macam "bahulu" yang terdapat di Malaysia tetapi tak sama sebab kulitnya agak "crunchy" dan di dalam ada isi ... hehehe suami saya kata "buah ulu berinti orang Russian".
 Yang ini nampak macam kek yang lembut tetapi sebenarnya tidak dan rasanya sangat sedap.
Inilah pesanan makanan oleh suami saya.. hmm, bukan satay tau sebab ia tak ada kuah malahan dagingnya dipanggang dan disaluti dengan bermacam-macam rempah. Makan secucuk dah keyang kata suami saya.

Pada sesiapa yang ingin mencubanya silalah ke Restoran Astana, A-01-10, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia, Kalau nak tahu lebih mengenainya atau tak tahu nak pergi kesitu cuba check https://www.facebook.com/AstanaRestaurant

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...