Bila sebut perkataan "simpang" purata akan membayangkan mengenai jalan raya. Tetapi ada dikalangan kita yang akan mengatakan "haluan hidup atau liku-liku kehidupan". Tidak kira apa yang difahamkan tetapi ianya melibatkan IQ dan EQ secara sedar atau tidak!
Kali ini saya akan bercerita mengenainya. Sebenarnya persimpangan ini akan bersua dengan kita apabila kita di kehendaki membuat sesuatu keputusan. Purata keputusan yang di buat berdasarkan kepada ilmu iaitu maklumat-maklumat, fakta, input, hasutan bisikan (syaitan & manusia) dan lain-lain lagi. Untuk persimpangan jalan raya "Sign Board" adalah maklumat yang dijadikan sebagai sumber untuk membuat pilihan tetapi dalam dunia moden ada juga dikalangan kita yang akan menggunakan "GPS" sebagai panduan mereka. Persoalannya adakah GPS sentiasa memberi maklumat yang terkini, lengkap, tepat dan sebagainya?
Bagaimana pula dengan "persimpangan" kesihatan? Contohnya kopimata! Ada dikalangan mereka yang mengambilnya dan akan mengalami beberapa ciri-ciri awalan kesan penyakit (Vertigo) didalam diri mereka. Ciri-ciri tersebut seperti mata akan berair, bengkak dan sebagainya. Sebenarnya mereka yang mengalami keadaan seperti ini adalah kerana dirinya mempunyai beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Apabila keadaan ini berlaku, si peminum akan sampai kepada persimpangan (1) teruskan atau (2) berhenti. Hasil daripada keputusan yang telah dipilih ini akan berlakulah beberapa siri sebab & akibat atau disebutkan juga sebagai "asbab" (cause & effect) tindak balasnya yang akan membabitkan diri sendiri, manusia yang berada disekeliling mereka, cara hidup harian si peminum, pergaulan dan lain-lain lagi.
Dalam proses didikan juga tidak terkecuali persimpangan yang melibatkan diri, ibubapa, individu-individu yang diamanahkan, persekitaran, kewangan dan lain-lain lagi. Purata sistem pengajaran yang kedengaran ialah cuba mengasah IQ pelajar tanpa memikirkan kesan EQ yang telah di aplikasi oleh tenaga pengajar ketika mengajar. Menyedari akan hakikat ini membuatkan ramai pakar-pakar pendidik mengubah sistem awalan didikan dengan bagai-bagai cara serta teknik demi untuk menolong para pelajar yang belum boleh menguasai 3M.
Pernahkah kita menyelami diri pelajar-pelajar yang gagal menguasai 3M ini? Adakah kegagalan mereka disebabkan diri mereka sendiri atau disebabkan fakta-fakta lain? Adakah persoalan ini tidak ada formula untuk menyelesaikannya?
Bagaimanakah hendak menambahkan ilmu sekiranya seseorang yang masih belum menguasai 3M? Persoalannya manakah yang lebih mustahak membetulkan IQ atau EQ dahulu? Satu persimpangan yang harus dipilih oleh pihak yang terbabit kerana pilihan yang akan diambil akan menyebabkan berlakunya berlarutan "siri asbab (cause & effect)".
Bagaimanakah hendak menambahkan ilmu sekiranya seseorang yang masih belum menguasai 3M? Persoalannya manakah yang lebih mustahak membetulkan IQ atau EQ dahulu? Satu persimpangan yang harus dipilih oleh pihak yang terbabit kerana pilihan yang akan diambil akan menyebabkan berlakunya berlarutan "siri asbab (cause & effect)".
3M (membaca, menulis dan mengeja) adalah pembelajaran yang paling asas dan sekiranya 3M gagal di kuasai oleh pelajar, maka sukarlah untuk mereka menguasai ilmu-ilmu yang lain. Dalam lain perkataan mereka yang gagal menguasai 3M tidak mempunyai pilihan persimpangan yang banyak didalam menentukan haluan kehidupannya kerana ketiadaan ilmu.
Persoalannya, adakah mereka yang gagal menguasai 3M ini suka dengan keadaan yang dihadapinya? Sudah pasti jawapannya adalah TIDAK! Dimasa akan datang, sara kehidupan akan menjadi lebih mencabar dan memerlukan individu-individu yang berwibawa untuk semua lapangan. Sekiranya mereka membesar dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan untuk menyara kehidupan mereka dan melakukan kerja-kerja yang "aneh", bagaimanakah agaknya tanggapan masyarakat terhadap mereka?
Adakah mereka ini menzalimi diri mereka sendiri berdasarkan persimpangan yang telah diambil atau kita yang menzalimi mereka? Ketika mereka memerlukan pertolongan diperingkat awal kenapa kita abaikan? Sekiranya kita sebagai ibubapa, individu-individu yang ditugaskan untuk masyarakat atau apa sahaja yang membabitkan mengenai pendidikan, adakah kita telah memilih "persimpangan" yang betul mengenai permasaalah ini untuk generasi yang akan datang atau kita telah mengikut persimpangan "induvidualistik"? Kepada individu-individu yang terbabit dengan persoalan ini, berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan. Just imagine if you are in their shoes!
Sekiranya mereka boleh menguasai 3M dengan sempurna dan mempunyai ilmu tetapi tetap melakukan kerja-kerja yang "aneh", sudah pastilah mereka telah memilih persimpangan yang salah. Sewajarnya hukuman yang setimpal dengannya mesti diberikan kepada mereka kerana mereka telah memilih sifat EQ yang menyeleweng! Mereka menzalimi diri mereka sendiri dan mereka juga menzalimi orang lain! Hukum jangan tak hukum... "kecil tak mampus bila besar menyusahkan orang!" itu pepatah uncle tujukan kepada individu-individu yang individualistik yang telah membuat sesuatu keputusan yang merugikan negara, bangsa dan agama.
Prihatin: Tuan Hj. Halim - Pengarah JPNIN, Selangor mengenai awalan pendidikan berkaitan dengan 3M
Kesempurnaan mengenai sebutan yang berkaitan dengan ilmu yang diperolehi oleh pelajar (Nurdini) berusia 4 tahun.