Saturday, November 23, 2013

Warisan

Biasanya apabila kita menyebut perkataan "warisan" kebanyakan manusia akan membayangkan yang berkaitan dengan harta atau sesuatu yang bersangkut-paut dengan budaya. Bagaimanakah pendapat anda sekiranya saya mengatakan mengenai warisan yang tidak berkaitan dengan sesuatu yang bukan fizikal atau budaya?

Sudah pasti ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah zuriat. Zuriat boleh diertikan juga dengan keturunan, benih, baka, generasi dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan warisan EQ?

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Mungkin ramai yang telah tahu mengenai hadis ini tetapi bagaimanakah kita aplikasikan ia didalam hidup kita? Hadis ini berkaitan dengan kepercayaan, pegangan akidah, keyakinan kepada Tuhan, perlakuan dalam kehidupan dan lain-lain lagi. Dalam dunia moden awalan pendidikan bukan sahaja dididik oleh kedua orangtuanya tetapi ianya juga melibatkan guru-guru pra-sekolah atau taman asuhan.

Purata seseorang yang berkecimpung dalam dunia awalan pembelajaran sudah pasti mereka sangat arif dengan persoalan warisan EQ ini. Kepekaan ini terpulang kepada guru-guru itu sendiri secara sedar atau tidak.

Sebenarnya secara sedar atau tidak, saban hari ibubapa telah terapkan nilai-nilai EQ kepada anak-anak mereka secara berterusan. Nilai-nilai EQ ini termasuklah cara ibubapa berinteraksi didalam kehidupan famili, cara memilih makanan, perhiasan didalam rumah, ketika bersantai, topik berbualan ataupun ketika mereka bersosial di kelayak ramai.

Setiap anak-anak yang pergi ke tadika atau tabika akan membawa ciri-ciri warisan EQ yang telah ditanamkan oleh ibubapa mereka. Sebahagian ibubapa tidak pernah menyedari bahawa perwatakan anak-anak mereka adalah kesan daripada perwatakan mereka sendiri. Inilah yang di maksudkan warisan EQ atau disebut juga "anak-anak adalah cermin diri ibubapa".

Sekiranya ibubapa adalah golongan yang bersantun maka pembawaan si anak sudah pasti sangat disenangi oleh mereka yang berada disekitarnya tidak kira dimana sahaja mereka berada. Anak-anak akan berperwatakan lemah-lembut, perkataan mereka dipenuhi dengan kesopanan dan pelbagai sifat EQ yang positif akan terzahir daripada diri si anak. 

Andaikata ibubapa yang "rugged" atau kasar sudah pastilah perlakuan anak-anak mereka yang agak berlainan daripada norm yang sepatutnya. Seperti pepatah melayu, "melentur buluh biarlah dari rebung".

Ada juga anak-anak yang berwatakan agak terasing atau berlainan daripada ibubapa mereka sendiri. Sebenarnya dalam kes seperti ini beberapa fakta yang perlu diterokai oleh guru-guru yang mendidik anak-anak ini. Kes-kes seperti ini dikaitkan juga dengan genetik dan sebagainya. Tetapi sebagai seorang guru yang cekap setidak-tidaknya mereka mestilah memahami serba sedikit mengenai warisan EQ ini supaya lebih senang untuk mereka mendidik anak-anak itu.

Mendidik membetulkan EQ adalah satu kerja yang sangat susah sekiranya guru berkenaan tidak mengetahui sifat-sifat nilai EQ. Andaikata guru-guru ini tidak tahu ataupun tidak mahu mengambil inisiatif memahaminya bererti guru-guru ini tidak layak menjadi pendidik. Dalam lain perkataan seorang guru yang tidak hiraukan hakikat "warisan EQ" yang negatif & positif ini bererti guru-guru telah menkhianati amanah yang telah diserahkan oleh ibubapa kepada mereka. Malahan mereka juga mengkianati negara, generasi yang akan datang dan agama.

Perbincangan mengenai warisan EQ adalah satu topik yang sangat luas dan akan melibatkan perbagai aspek tetapi saya hanya corekkan secalit sahaja untuk kita renungi. Sesuatu yang pasti ialah purata anak-anak yang berusia 4, 5, 6 tahun atau kanak-kanak "special" mereka lebih tertarik kepada EQ disebabkan IQ mereka masih diperingkat belum sempurna. Tugas sebagai guru ialah mendidik bererti kita mesti memberitahu, melatih, mengajar, memulihkan, membetulkan dan pelbagai lagi.

Credit to: P. Ramlee & rakan-rakan, Penerbit serta Mvalley

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...