Dalam nota uncle tercatit perkataan ini dan saya ingin berkongsi dengan blogger.
Khusyu' & Asyik. Kita sudah biasa mendengar kedua-dua perkataan ini. "Penuh penyerahan dan kebulatan hati; sungguh-sungguh; penuh kerendahan hati" - itulah yang di definasikan untuk perkataan khusyu'. Bagaimana pula definasi untuk asyik?
Khusyu' & Asyik. Kita sudah biasa mendengar kedua-dua perkataan ini. "Penuh penyerahan dan kebulatan hati; sungguh-sungguh; penuh kerendahan hati" - itulah yang di definasikan untuk perkataan khusyu'. Bagaimana pula definasi untuk asyik?
Asyik biasanya berkaitan dengan i) keadaan - melakukan sesuatu dengan gemarnya, ii) sangat terikat hatinya; penuh perhatian, iii) senang iv) berahi, cinta kasih, sangat suka (gemar).
Menyebut perkataan kedua-dua itu sememangnya senang tetapi pernahkah kita mengalaminya? Sekiranya kita pernah mengalaminya, berapa lama kah kita berada dalam keadaan itu? Mungkin ramai di kalangan kita mengalami keadaan asyik lebih kerap daripada khusyu'. Kenapa?
Asyik - Juru Gambar En. Rosdi |
Khusyu' - Para Tahfiz |
Bila kita berbincang mengenai minda separa sedar, ramai yang akan terasa sesuatu yang terasing buat mereka tetapi sebenarnya ia berada di dalam diri kita sendiri. Dalam blog yang lepas telah banyak di bincangkan mengenainya dan sekiranya anda masih "kelabu" mengenainya cuba faham yang berkaitan dengan asbab (cause & effect) atau yang berkaitan dengan "sunnatullah" atau fahami Alquran (terlalu banyak yang berkaitan dengannya untuk kaum Islam) seperti surah Al-Anfal ayat 17 atau surat Ar-Ra'd ayat 11 atau menghayati nama-nama Allah swt bukannya sekadar memahami nama-namaNya. Hayati adalah sifat EQ sedangkan memahami adalah sifat IQ.
Minda separa sedar adalah istilah moden dan kalau orang-orang zaman dulu sebutnya sebagai "tabiat-tabii". Kekerapan menggunakan sesuatu sifat atau gugusan sifat-sifat yang tertentu yang sekategori dengannya akan menyebabkan keadaan berkenaan berada kepada diri kita tanpa disedari. Minda separa sedar atau tabiat-tabii ini adalah pembentukan yang berkaitan dengan jiwa (diri sebenar). Diri sebenar tidak pernah kosong daripada sifat-sifat walaupun untuk satu saat secara disedari ataupun tidak.
Ciptaan Allah swt telah memenuhi diri kita dengan bermacam-macam sifat (sifat kebinatangan dan malaikat). Sekiranya seseorang itu dapat memahami sifat-sifat tersebut serta dapat menghayati gugusan sifat-sifat tertentu ins sya Allah dapat menghalakan diri kesesuatu destinasi. Cause & effect (sunnatullah) bukan sahaja berlaku untuk fizikal tetapi ianya juga berlaku untuk non-fizikal.
Kanak-kanak normal dan "special kids", mereka lebih tertarik kepada sifat EQ disebabkan sifat IQ mereka masih belum matang. Untuk awalan didikan, mereka haruslah didedahkan dengan kaedah EQ bukannya IQ. Asyik adalah sifat terbaik untuk mencapai matlamat didikan awalan 3M dan apabila perkembangan IQ mula matang, sifat IQ akan senantiasa menyukat sifat EQ yang telah sedia ada.
Bagi orang dewasa yang tidak pernah dididik dengan cara ini, sifat IQ seeloknya dijadikan sebagai agen utama untuk membentuk sifat EQ. Sebenarnya sifat IQ adalah elemen sahaja untuk memenuhi tuntutan sifat-sifat EQ dan fizikal kita hanyalah alat terjermahan sifat-sifat EQ. Asyik & khusyu' akan terhakis sekiranya ada sifat-sifat lain yang lebih kuat hadir di dalam diri seseorang itu. Sekiranya sifat asyik ataupun khusyu' ini terlalu "mendalam", apa saja tidak akan dapat mengubahnya. Manusia pada umumnya sentiasa dikawal oleh sifat EQ bukannya mereka yang mengawal sifat EQ adalah salah satu fakta utama sifat-sifat tersebut terhakis dan untuk mengatasinya, bagi seorang yang telah dewasa hanyalah melalui ilmu, IQ dan do'a, sedangkan untuk kanak-kanak (nomal & special), mereka memerlukan pertolongan daripada penjaganya.
Cuba renungkan sejenak untuk memahami apa yang telah anda baca dan cuba renungkan pula kedalam diri anda sendiri! Kenapa susah untuk mendapat khusyu'? Sekiranya sifat asyik "keduniaan" terlalu "menebal" di dalam diri individu itu, alahai... alamatnya banyaklah kerja kerahan untuk menghilangkannya untuk mendapat khusyu'!
Terdapat dalam nota uncle "catitan khas untuk diriku sendiri !!!".
Kaitan untuk perkataan Asyik, cuba renungkan Alquran surah Al-Anaam ayat 32, surah Al-Ankabut ayat 64, surah Muhammad ayat 36, surah Al-Hadid ayat 20 dan Khusyu' surah Maryam ayat 59-69, surah Al-Maun ayat 4-5.
Kenapa uncle buat catitkan ini "khas untuk diriku sendiri", saya tidak tahu dan tidak pasti.