Tuesday, December 22, 2015

Akal (IQ)

Kesibukan harian membuat saya terlupa untuk update blog. Terlupa tidak sama ertinya dengan Pelupa, saya terlupa bukan pelupa. Kah, kah, kah...

Adakah anda tahu bahawa akal itu sebenarnya alat sahaja? IQ (Intelligent Quotion) atau ramai yang mengenali sebagai kecerdikkan akal a.k.a keupayaan akal. Alat fizikal seperti tangan atau kaki, pada lazimnya semua orang tahu untuk apa dan bagaimana ia digunakan. Alat-alat untuk mengenali persekitaran seperti mata, hidung, lidah, telinga dan kulit tetapi akal (IQ) adalah alat non-fizikal yang berada pada diri kita. Bagi mereka yang beragama Islam, mungkin sepotong ayat (14-15) dari surah Al Rahman ini, akan membuat mereka lebih mudah memahami yang dimaksudkan fizikal dan non-fizikal.

Fizikal Manusia.
Al-Quran Surah Ar-Rahman "Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (14) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang, (15)".

Manusia dan jin, kedua-duanya wujud tetapi perbezaannya amat ketara. "Lidah api" juga dikenali sebagai "jisim" adalah alat badan kaum jin. "Tanah liat kering" adalah alat fizikal diri manusia! Adakah sukar atau "pedih" untuk menerima kenyataan diatas? Pernahkah anda melihat orang sudah mati atau pernahkah anda perhatikan bagaimana bentuk mayat yang telah lama? Pernahkah anda dengar susunan perkataan ini "Ashes back to ashes" (asal daripada tanah akan kembali kepada tanah)?

Non-Fizikal Manusia.
Pernahkah anda membaca atau terbaca ayat 156 surah Al-Baqarah (The Cow) "------------: "Sesungguh kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

"Ashes back to ashes (fizikal manusia)" lantarannya apakah yang akan kembali? Luangkan masa anda dan fikir-fikirkanlah sebelum kita "pergi" selama-lamanya.

Akal.
Apakah akal masih berfaedah setelah kita "tamat"? Kemanakah kehebatan akal yang hanya memikirkan hal ehwal keduniaan sahaja sekiranya sudah berada 6 kaki didalam tanah? Bagaimanakah harus kita gunakan akal semasa kita masih hidup didunia ini?

Sukatan IQ, ramai manusia akan berpandu kepada pendapat seperti Stanford Binet, Lewis Terman & Wechsler tetapi ketiga-tiga mereka masih bercanggah cara mengklasifikasikan nilai IQ untuk orang normal. Tidak kira apapun pendapat mereka yang pastinya akal itu adalah alat non-fizikal yang digunakan untuk memproses (informasi, data, maklumat, dll) yang sedang dihadapi ketika itu atau dalam jangka waktu tertentu yang berkaitannya dengan cara logikal (berhujah).

Logikal atau berhujah hanya berpandukan kepada ilmu (informasi, data, maklumat, dll) yang telah miliki dengan bermacam-macam cara tetapi ilmu yang dimiliki oleh akal itu hanyalah sekadar berdasarkan kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Ayat-ayat berikut mungkin boleh memberi sedekit contoh kepada kita untuk memahami cara akal berhujah atau berlogikal.

Al-Quran Surah Ar-Rahman "Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu, dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya."  

Limitasi Akal.
Purata manusia tidak akan menerima sesuatu yang berada diluar batasan logikal. Contohnya persoalan yang berada diluar batasan logika: (1) Untuk kaum Yahudi, Kristian dan Islam - percaya kewujudan ghaib iaitu malaikat dan jin. Nabi Adam tidak berayah dan beribu, (2) Umat Islam - yakin bahawa Nabi Isa hanya memiliki ibu. Banyak lagi perkara yang tidak terjangkau oleh logika tetapi wujud! Pada kaum yang terlalu taksub kepada logika akal akan menolak semua kepercayaan kepada agama! Maka timbullah teori "evolusi hayat manusia"! Perpatah lama:- "masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin!"

Wahai kaum yang terlalu kuat berhujah, bacalah ayat 115 surah Al-Mu'minoon (The Believers), berulang-ulang semoga kamu peroleh sesuatu!

Al-Quran Surah Al-Mu'minoon "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (115).

Mengikut fakta Sains bahawa cakerawala ini terbentuk berjuta-juta tahun dahulu. Cuba bayangkan dimanakah logiknya kaum yang tidak percaya kepada agama ini, sekiranya daripada tiada cakerawala ini "tertiba" ada a.k.a wujud tanpa yang menjadikannya! "From nothing to something!" Lucu betul akal kaum ini! Sekiranya kamu seperti itu, teruskan baca catitan dibawah ini dan buatlah definasi sendiri mengenai diri sendiri!

Gila.
Kerosakan akal akan dikatakan gila! Kebanyakan definasi mengenai gila @ sekiranya tidak mampu mengelola masalah atau tidak dapat menjangkau konsikuensi-konsikuensi daripada tindakannya atau @ memperlihatkan perilaku yang tidak secara rasional. Bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?

Al-Quran Surah Ar-Room "mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (7)".

Al-Quran Surah Al-A'raaf "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai (179)."

Setelah membaca definasi "gila" dan setelah memahami (seperti yang tercatat di atas) surah Ar-Rahman, Ar-Room & Al-A'raaf, bagaimana pula definasi "gila" yang sebenarnya? Semua manusia tahu bahawa kehidupan di dunia tidak akan kekal! Baca sekali lagi dan fahamkan serta hayati pendapat dibawah tag "Gila" itu. Apakah akal yang @ tidak mampu mengelola @ tidak dapat menjangkau @ memperlihatkan perilaku yang tidak rasional - Sekiranya salah satu berada pada diri anda, hmm... tidak itu yang dikatakan gila?

Perkemaskanlah Akalmu.
Sekiranya tidak sedemikian, apakah persediaan kita? Apakah pula yang akan mengerakkan akal? Untuk menjawab soalan itu, sama juga kita tanya pada diri sendiri dengan soalan yang senang aje! 

Apabila kita hendak mendengar adakah kita menggunakan kaki atau tangan? Apakah alat yang boleh membuat kita mendengar? hehehe... kanak-kanak tadika pun boleh menjawabnya. 

Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus Cahayaku dan sekiranya dia mendengar, meneliti, memahami dan menghayati dengan bersungguh-sungguh ketika berkursus dan telah mengajar kanak-kanak normal & "special kids", sudah pasti mereka berupaya menjawab soalan ini dengan senang! Sepatutnya mereka tahu bagaimana untuk menghidupkan paten-paten minda. Perbincangan ini memerlukan banyak masa & amat sukar... (kalau tanya pada uncle persoalan seperti ini, sudah pasti dia akan tersenyum dan jawapan ringkasnya iaitu "sifat, nama dan perbuatan yang berkaitan dengan akal!" Kalau dilanjutkan pertanyaan mengenainya dan inilah jawapannya: "lateral, vertical, critical, analytical & entah apa-apa "cal" lagi! ... Satu teka-teki yang sukar untuk kita hendak ulaskan!)

Bagaimana pula untuk kita mengerakan akal diri sendiri kearah kebaikan di dalam kehidupan harian? Baca sekali lagi Ar-Rahman ayat 15 dan fikir-fikirkanlah pula ayat 56-57 surat Adh-Dhaariyat (The Scattering Winds).

Al-Quran Surah Adh-Dhaariyat "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu."


Renungkan ke dalam diri sendiri, ke manakah arah tujuan akalmu ketika hidup!


Tuesday, September 29, 2015

Stress atau bengong?

Surah Ar-Rahman selalu terdengar di dalam bilik saya kerana ianya dibaca oleh uncle atau dimainkan dikomputernya. Kenapa? Perubahan mendadak dirinya membuatkan saya "stress" tetapi apabila diteliti susunan ayatnya membuatkan saya mula menyedari bahawa uncle mula menuju ke satu arah .... tiada satu pun di dunia ini yang kekal semuanya akan musnah. Cuba dengar surah ini dengan teliti mungkin akan membuat kita lebih faham.


Sebaiknya cuba faham maknanya dalam bahasa yang kamu fahami supaya kamu boleh menghayati ertinya.

Uncle seorang yang aktif semasa kecilnya. Dia suka bersukan dan setelah berumahtangga dia lebih banyak membaca tentang aktiviti minda (IQ). Setelah lebih setengah abad, dia mula kurangkan kesemua aktiviti yang sedia ada kecuali tentang perkembangan EQ dan cara untuk memperkemaskannya. Mungkin semuanya ini untuk mengatasi "stress". Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak boleh menerima kekurangan kekuatan fizikal, IQ akan mula menurun setelah ditelan usia mungkin akan menyebabkan individu itu akan mengalami "stress".

Bagaimana pula kalau seseorang itu dimasa di alam persekolahan tidak tahu membaca? Membaca adalah sumber untuk memiliki ilmu! Kalau membaca tetapi tidak faham atau dapat menghayati isi kandungan teks yang dibacanya... ah sudah pasti mengudang stress! Bagaimana cara mereka untuk mengatasi stress? Dengan cara merempit, jadi gangster atau bagaimana? Siapakah yang perlu menolong mereka ketika itu? Ibubapa, guru, sekolah, sistem atau tadika yang gah atau sekolah yang penuh dengan kurikulum yang glamour atau mereka-mereka itu sememangnya golongan yang kurang bernasib baik?

Oh tolonglah jangan berpegang konsep ini dengan kiasan "beras secupak tidak akan jadi segantang". Tolonglah tanam sifat malu kepada Allah swt dengan memahami nama-namaNya. Contohnya Al Kabiir, Al Kariim, Al Waasi, Al Waduud, Al Mughnii dan lain-lain lagi. Cubalah ubah sikap dan pandangan ortodox para guru terhadap sistem yang sedia ada atau ubah pemikiran yang lebih kepada pentingkan diri sendiri dan jawatan! Paling nyata sanggup menerima teguran dan berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu yang baru. 

Sekiranya kekurangan dalam ilmu, jenis apakah perkerjaan yang sesuai untuk mereka? Perlukah mereka mengalami "stress" lagi ditahap ini? Cuba-cuba kita fikirkan sekiranya mereka-mereka itu anak kita sendiri! Stress yang paling dasyat ialah ketika seseorang yang bakal "pergi" tetapi tidak memiliki ilmu mengenainya (agama).

Perlu di ingat stress guru mengajar adalah kebaikan (di akhirat)! Kenangkanlah disaat "perpisahan" kita dari dunia ini! Hayatilah Surah Ar Rahman berulang-kali semoga kita beruntung didunia dan akhirat. 

Monday, July 20, 2015

Kaki Amok (Tantrum)

Perkataan "tantrum" mungkin kita pernah mendengarnya daripada pakar kanak-kanak atau pakar pendidik prasekolah atau sebilangan ibubapa. Secara ringkasnya perkataan tantrum itu berkaitan dengan cara seorang kanak-kanak meluahkan ekspresi marahnya yang berlebihan seperti mengamuk, berguling dilantai, menjerit sekuat-kuatnya dan pelbagai-bagai lagi. 

Definasi daripada Oxford Dictionaries: An uncontrolled outburst of anger and frustration, typically in a young child. 
Definasi daripada Wiki A tantrum (or temper tantrum or tirade or hissy fit) is an emotional outburst, usually associated with children or those in emotional distress, that is typically characterized by stubbornness, crying, screaming, yelling, shrieking, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, violence. Physical control may be lost, the person may be unable to remain still, and even if the "goal" of the person is met he or she may not be calmed.

Untuk mengatasi tantrum pada kanak-kanak ada pelbagai cara diajar oleh pakar kanak-kanak atau kita boleh membacanya di internet. Persoalannya benarkah tantrum ini hanya terdapat pada kanak-kanak yang masih kecil? Pernahkah anda melihat orang-orang tua yang bengis, panas baran (seperti: ibubapa yang lupa diri belasah anak-anak sampai separuh mati, boss di pejabat, ahli politik, isteri orang-orang yang ternama, superstar dan lain-lain lagi)? Dengan ini jelaslah bahawa tantrum bukanlah hanya terdapat pada diri kanak-kanak!

Kepastiannya ringkasan sebenar "temper tantrum" ialah sesuatu yang berkaitan dengan GEJALA EMOSI YANG TIDAK TERKAWAL ATAU "SEMI-TERKAWAL" oleh diri sendiri.. keh, keh, keh (pernahkah anda mengalaminya?). Diperingkat kanak-kanak emosinya masih tidak terkawal disebabkan kekuatan IQ (akal) masih belum kuat untuk menapis gejala sifat-sifat emosi, sedangkan tantrum orang dewasa kerana kelemahan diri untuk mengawal emosi (nafsu) diri sendiri.

Cara terbaik untuk mengawal nafsu ialah dengan mengenali setiap sifat-sifat nafsu itu sendiri. Ada banyak sifat-sifat nafsu yang berkaitan dengan sifat marah seperti cemburu, degil, tamak, dengki, hasad (lebih teruk dari dengki), ego, individualistik, rendah diri dan lain-lain lagi. Tidak semestinya semua sifat-sifat ini tercela tetapi andaikata sesuatu sifat itu terlalu ekstrem (terkeluar daripada batasan yang sepatutnya) ianya akan menjadi "catalyst" untuk mengundang sifat-sifat negatif lain yang mungkin akan berakhir dengan letupan sifat marah yang keterlaluan.

Uncle selalu berpesan bab makan sejak dulu-dulu lagi dan ada sebuah hadis yang berkaitan dengan makan dan minum (syubhat) yang akan memberi kesan pada hati. Persoalannya kita yang memilih makanan atau makanan yang memilih kita? Makanan yang membuat keputusan atau kita?
  • Dari Nu'man bin Basyir r.a, Nabi s.w.a bersabda, "ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)" (HR bukhari & Muslim) -mengisyaratkan bahawa baiknya amalan seseorang dan kemampuannya untuk menjauhi keharaman, juga meninggalkan perkara syubhat (yang masih samar hukumnya), itu semua tergantung pada baiknya hati.
Sebelum sifat marah terzahir sepatutnya akal digunakan untuk menepis dan menapisnya tetapi bagi mereka yang selalu menjaga makan/minum serta mengenal sifat-sifat nafsu dengan senang mengalahkan dan mengubah sifat-sifat negatif kepada sifat positif. Tidak perlu bersusah payah menggunakan hujah akal (IQ). Diri fizikal hanyalah terjemahan apa yang berada didalam hati. Mereka inilah yang dikatakan penunggang nafsu bukan nafsu menunggang mereka (rujuk 3 artikel yang berkaitan antara satu dengan lain dalam blog ini: Cermin Hati dan Khusyu' & Asyik dan Kontras). Bagaimana pula bagi seorang kanak-kanak setelah diberi makan/minum yang terpilih seperti yang telah disebutkan diatas untuk mengawal sifat-sifat ini?

Purata kita tahu bahawa kanak-kanak suka bermain dan berkhayal (sesuatu yang normal), sebenarnya kedua-dua ini akan membuat kanak-kanak berada dalam keadaan asyik. Sifat asyik ini boleh digunakan sebagai "tool" untuk mendidik kanak-kanak untuk mengawal sifat-sifat diri mereka sendiri tetapi mereka perlu dilatih dengan mengawal nafas, lidah, pendengaran, mata, sentuhan, kefahaman dan penghayatan. Kesemuanya untuk mengimbangi perkembangan EQ. Kanak-kanak itu perlu mendapatkan seorang guru yang tahu cara mengkoordinasikan kesemuanya dengan cara yang bersistematik supaya sifat keasyikan ini berkekalan dalam diri mereka dalam jangka waktu tertentu sehingga sebati*.

Imbangan nilai sifat-sifat kesempurnaan EQ dalam jangka waktu yang tertentu Ins sya Allah akan mengubah seseorang itu menjadikan dirinya berperwatakan sempurna seperti bersopan, senang didampingi, bertoleransi, idealistik, kreatif dan lain-lain lagi. Seandainya salah satu atau beberapa sifat dirinya berganjak daripada posisi kebiasaan (terkeluar daripada sifat "keasyikan"), secara automatik akan mengembalikan diposisi stabiliti (sebati*) kerana terkeluar daripada keasyikan seolah-oleh mereka berhenti "bermain dan berkhayal" kecuali elemen menghasut itu berterusan pada diri yang akan berubah polar perwatakannya.

Perkembangan EQ yang stabil akan menjana perkembangan IQ (paling asas: bila, bagaimana, bagaimana, berapa). Sistem Cahayaku adalah sebuah sistem yang berpaksikan seperti yang telah dinyatakan diatas. Purata guru-guru Cahayaku (yang telah mengikuti kursus) dan mengaplikasikan secara betul, sudah pasti mereka dapat perhatikan perkembangan berperingkat secara jelas dan malahan ada juga ibubapa yang dapat perhatikan perubahan perwatakan anak-anak mereka sendiri.

P/s: Sekiranya anda bersemuka dengan kanak-kanak/dewasa yang tantrum, adakah anda tahu tahap tantrumnya atau tantrum itu semuanya sama? Pesan saya berhati-hati sekiranya anda berdepan seorang tantrum yang telah dewasa!

Wednesday, May 27, 2015

Cermin Hati.


Hari demi hari berlalu tetapi artikal ini tidak dapat di edit. Hari ini baru ada kesempatan.. Kita hanya pandai merancang tetapi Allah swt lah yang menentukannya. "Ya Rabb, la ilaha illa Anta, khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastata'tu".

cermin mata bukan cermin muka dan bukan cermin hati.

Cermin fizikal semua orang tahu kerana saban hari kita menggunakannya tapi bagaimana pula "cermin hati"? Cermin hati ini non-fizikal. Wujudnya sangat jelas tetapi ramai manusia tidak pernah meneliti sebabnya kerana manusia lebih pentingkan kewujudan fizikal tambahan pula cermin hati terselindung dibelakang "tabir kekalutan" sifat-sifat emosi.

Ada dikalangan manusia yang sentiasa meneliti cermin hati mereka sendiri, hampir setiap masa atau setidak-tidaknya sekali dalam sehari supaya mereka tidak terbabas, tersasar atau tersesat dalam kehidupan ini. Ada juga dikalangan kita yang mengaku tahu mengenainya tetapi pada hakikatnya tidak tahu. Ada juga yang sentiasa memandangnya tetapi tidak menyedari bahawa ianya adalah cermin hati! Ada dikalangan manusia di dunia ini yang tidak pernah tahu mengenainya!

Cermin hati ini kalau sentiasa dijaga atau dikilatkan akan bersinarlah ia sehingga orang-orang yang berada disekitar si pemiliknya akan merasa aman, tenang dan tenteram. Bagaimanakah cermin ini boleh jadi "kelabu" atau "kotor" atau "hitam-pekat"? Bagaimana pula untuk mengilatkannya atau membersihkannya? Jawapannya ialah "senang bagi mereka yang mahu" dan "susah untuk mereka yang tidak mahu". "Senang & susah bagi yang hangat-hangat tahi ayam".

Secara ringkasnya, ilmu yang berfaedah dan yang berkaitan dengannya (banyak ilmu yang merepek-repek dalam soal ini). Asuhan ibubapa "kejalan yang lurus", manusia yang senantiasa berpesan-pesan diantara satu sama lain, taubat yang tidak putus-putus serta diiringi dengan pengharapan yang tinggi untuk menuju kepada kebaikan dan pelbagai-bagai lagi. Apakah yang mengotorkan cermin ini? EGO atau yang seketegorinya! Biasanya si EGO (pemiliknya) tidak akan mengaku bahawa mereka memilikinya! Mereka-mereka ini paling sukar untuk melihat cermin diri sendiri kerana sifat ini adalah sifat utama yang mengotorinya malahan sifat ini menjadi "catalyst" (agen utama) untuk menjemput sifat-sifat negatif yang lain. Kadang-kadang kerana terlalu "tebalnya" sifat ini sehingga mereka menafikan kehadiran cermin hati.

Renung-renunglah cermin hati kita sendiri dan andaikata tidak dapat melihatnya... cari seorang guru untuk menolong kita. Pesanan: Pelbagai ragam guru* yang berada didunia ini. Janganlah cari guru yang merepek-repek! Kalau si guru itu "kaki merepek" maka lahirlah pelajar yang terdiri dari ahli merepek! Pastikan "guru itu menunggang kuda bukannya kuda menunggang guru!" *kuda a.k.a nafsu.
Ringkasan sekelumit atau cebisan kecil (Sistem Cahayaku).

Pelbagai guru* (Guru itu dalam pelbagai espek - agama, politik, pendidikan, pentadbiran, perubatan, sukan, masakan dan lain-lain lagi.... dan tidak dapat dinafikan, walaupun tak senonoh tetapi wujud juga guru yang mengajar cara mengampu a.k.a bodek... hehehe) 

Sunday, March 29, 2015

Sukatan

Lebih kurang 20 tahun yang lepas saya telah melihat seorang perempuan tua yang buta cuba melintas jalan tetapi anehnya dia bercakap-cakap dengan dirinya sendiri dan berjaya melakukan dengan selamat. Apabila saya memberitahu uncle mengenainya, hmm uncle cuma tersenyum. Awal tahun ini sekali lagi saya melihat seorang lelaki tua dikedai makan, dia bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Perkataan yang jelas kedengaran ialah "sihat, sihat. Kan dah sihat tu". Apabila saya minta penjelasan mengenainya, inilah jawapan uncle, "dia tidak gila tetapi pilihannya dalam perjalanan kehidupannya untuk kesenangan duniawi sahaja dan melangar batasan sukatan keugamaan. Hanya mereka-mereka yang menggunakan cara ini kerana inginkan/mahukan kehebatan atau kelebihan (seperti: popular, pangkat, pengetahuan (berjaya dalam pembelajaran)) dan kekayaan (harta-benda) yang sementara (tidak kekal). Sekiranya kita mahukan semua itu, biarlah datangnya daripada jalan yang diredai oleh Allah s.w.t bukannya dengan cara ini".

"Sukatan" asalnya daripada perkataan "sukat". Apabila kita berbicara mengenai perkataan ini, ramai akan mengaitkan dengan bahan-bahan yang nyata, seperti:- bijian, cecair, pepejal dan lain-lain. Sebenarnya banyak lagi sukatan yang ditentukan oleh manusia contohnya: kelajuan, kesihatan, densiti udara, panas matahari, pemprosesan nuclear untuk sesebuah negara malahan cara kanak-kanak sekolah mengeja perkataan (mesti menggunakan sukukata). Sebenarnya banyak lagi sukatan-sukatan yang aneh-aneh yang ditentukan oleh manusia tetapi ramai yang mengkagumkannya tanpa mengkaji mengenainya. Bagaimanakah agaknya sukatan yang lebih abstrak lagi, contohnya mengenai EQ diri sendiri bukannya yang membabitkan IQ? Dewasa ini ramai manusia tidak suka pada sukatan yang membabitkan diri sendiri kerana mungkin mereka tidak tahu caranya atau menyakitkan diri mereka sendiri.

Dalam Sistem Cahayaku, pihak kami telah mengajar cara untuk menyukat diri pelajar dan pengajar. Untuk mengajar pengajar mesti memahami diri pelajar tetapi kegagalan pengajar untuk menyukat diri sendiri bererti mengundang kegagalan untuk pelajar. Sebenarnya sukatan yang diajar ketika mengikuti kursus Cahayaku adalah lapisan yang paling tersenang dan terbawah sekali kalau dibandingkan dengan sukatan sebenar yang tidak mungkin akan diajar oleh uncle ketika menyampaikan kursus kerana kesuntukan masa dan kesukaran untuk memahaminya. Contohnya, sifat tamak (EQ) pemilik tadika atau pihak atasan akan merosakkan pengajar dan pelajar, malah masyarakat serta negara.

Ilmu didunia ini terlalu banyak tetapi cubalah pilih serta belajar ilmu yang akan membawa kita kejalan yang akan memberi kebaikan dunia dan akhirat. Janganlah diikutkan kehendak EQ tanpa batasan (sukatan) sehingga IQ tidak dapat membezakan sukatan agama. Apabila saya minta penjelasan yang lebih jelas mengenai keanehan yang telah saya saksikan itu. Jawabnya "hmm, tiada yang aneh pun.. cuma manusia itu tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah s.w.t dengan apa yang telah diberikan!"

Apabila didesak lagi, uncle hanya mengaji, wa'allahualam apa yang cuba diterangkan. Surah yang dibacakan: Al-Quran Yaseen ayat: 60 - 63 dan An-Naas ayat 4-5. Sesiapa yang pernah mengikut kursus Cahayaku mungkin dapat memahaminya kerana uncle selalu mengajar para pelajarnya "memandang bukan hanya dengan menggunakan mata fizikal".

Friday, February 20, 2015

Pukul & Denda

Semenjak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk dengan kerja, perjalanan dan keluarga sehinggakan ketiadaan masa untuk "update" blog kecuali "whats-up", "telegram" dan "Facebook" (www.facebook.com/educahayaku).

Era dunia moden memudahkan untuk kita berkomunikasi. Bagi saya menjawab talipon dan sms adalah kerja "routine" dan hampir setiap hari apabila menjelang akhir atau awal tahun kerana kebanyakan ibubapa sudah mula sedar dan risaukan akan anak-anak mereka yang melangkah ke tahun satu tetapi masih belum boleh menguasai bacaan dan ejaan dengan sempurna.

Baru-baru ini saya telah ke Sabah dan ketika di KLIA, saya telah berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang disana serta berbual-bual dengan mereka. Perbualan kami meliputi pelbagai espek akhirnya tersentuh mengenai didikan anak-anak yang berkaitan dengan rotan (pukul) dan denda.

Uncle seperti biasa "ignorant" untuk setiap perbualan kami. Mungkin baginya perbualan kami tidak penting baginya. Dia lebih banyak memerhatikan persekitaran daripada turut serta dalam perbualan ini. Ketika persoalan "pukul & denda" ini diajukan kepadanya ini pula jawapannya. Secara sepintas lalu, jawapannya agak menyakitkan hati dan membuat kita tertanya-tanya tetapi andaikata kita memahami ungkaian kata-katanya serta hujah yang telah dikemukakan mungkin tanggapan kita akan berbeza. Terpulang pada anda untuk membuat keputusan sendiri. Sebenarnya sebelum uncle menjawab soalan itu dia sudah berpesan "janganlah disebabkan jawapan saya akan membuat kamu menjadi marah, malu dan diperbodohkan dengan isu ini!". Kenapa?

Dia mulakan perbualan dengan susunan pertanyaan bertalu-talu dan sebelum kami dapat menjawabnya dia mula mengupasnya dengan panjang lebar sehingga waktu untuk "boarding" diumunkan.

"Apakah rukun yang pertama untuk negara kita?"
"Apakah mempersendakan rukun negara akan menjadi satu trend baru untuk generasi akan datang?"
"Apakah semua penduduk di dunia ini tiada beragama dan tidak percaya wujudnya tuhan?"
"Adakah setiap agama tidak pernah mengajar cara mendidik?"
"Adakah ajaran dalam agama itu lebih rendah daripada pendapat pihak barat?"
"Apakah pihak barat yang dijadikan ikutan itu lebih sempurna serta mulia dalam soal keugamaan dan tingkah-laku mereka kalau dibandingkan dengan manusia yang berada didunia ini?"
"Adakah pihak barat yang telah mencipta dan mengubah cakerawala ini?"
"Sekiranya pihak barat lebih cerdik, pandai and bijak, kenapa tiada nabi daripada pihak barat?"
"Kenapakah kesemua nabi atau rasul daripada kaum yahudi kecuali nabi Muhamad s.a.w?"
"Mengikut sejarah dunia adakah pihak barat tidak pernah dipengaruhi oleh kaum ini?"
"Kenapakah para nabi dan rasul di turunkan bertalu-talu untuk kaum yahudi?"
"Bagaimanakah agaknya EQ (sifat) dan IQ (akal) kaum yahudi sebenarnya?"
"Adakah mereka yang menyokong isu ini telah memikirkan semasak-masaknya konsikuansi yang bakal diterima oleh generasi yang akan datang?"
"Patutkah kita menggunakan IQ untuk menurunkan nilai-nilai EQ kemanusiaan dengan tidak melandaskan ajaran agama?"

Banyak lagi susunan soalannya tetapi saya rumuskan sedikit sahaja untuk kita renungkan bersama-sama dan membuat penilaian.

Rumusan: Orang yang berugama, mereka percaya akan kewujudan Tuhan. Mereka akan akur dengan suruhan yang dianjurkan oleh agama. Melawan suruhanNya bererti melawan Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah s.w.t, sebagai seorang muslim, kita akur suruhannya kerana ajarannya berkaitan dengan agama. Sekiranya kita tidak akur pada agama bererti juga kita tidak mengimplimentasikan RUKUN NEGARA yang pertama (Sila rujuk Rukun Negara & kenapa rukun ini rukun yang pertama untuk negara? Sila cari jawapannya!). Patutkah kita sendiri pertikaikan rukun negara dan agama kita? Adakah ini trend baru untuk generasi rakyat Malaysia? Amankah kita dimasa akan datang sekiranya agama dan rukun negara sudah dipermainkan? Janganlah kita jual agama dan rukun negara ini kerana hendak mengikut ideologi pihak barat. Sekiranya kita hendak ikut juga telunjuk mereka bererti kita dijajah lagi dan masih belum merdeka! Sanggupkah kita menghina kemerdekaan yang kita miliki selama ini kerana mengikut ideologi mereka?

Kaum apakah yang ramai sekali tidak percayakan kewujudan Tuhan dalam dunia ini? Bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan dan agama, mungkin kata-kata ini baik untuk anda berfikir. "Bolehkah pokok bergoyang sekiranya tidak ditiup oleh angin?" Dimanakah sengetnya IQ kaum ini berdasarkan teori "Universe start from nothing (not even an atom) to something! Take a few minutes to think about movement of the moon, the stars, all planets and your heart beat!" Cuba faham yang dikatakan "cause & effect" dan adakah teori ini hanya sebagai khayalan sahaja? Adakah manusia yang mencipta "universe" ini atau Tuhan? Ajaran yang mana perlu kita ikut (manusia atau Tuhan)? Perbincangan mengenai "cause & effect" terdapat dalam blog ini.

Berapa ramaikah diantara kita yang faham dengan istilah tentrum, hyperactive, mental retarded, bipolar? Apakah kanak-kanak seperti ini perlu diabaikan oleh kita? Sekiranya sesuatu perbuatan ini (walaupun sebelum kejadian itu kita sudah berulang-kali melarang) mengakibatkan pecah atau luka kepala anak orang lain, adakah didikan untuk mereka cukup dengan kata-kata yang lunak atau digosok-gosok dengan pelahan-lahan dibelakang mereka?  Perlukah kita tunggu untuk kali ke 2,3 atau kali ke-100 berulang ulang sebelum mendapat kesan positif? Masih belum cukup serius lagi "buli dan membuli" di negara kita? Adakah pihak barat akan sentiasa menggantikan kepala budak yang pecah itu dengan kepala mereka sendiri? Masihkah kita perlu bertanya bagaimana sifat EQ dan IQ mereka dan masihkah belum terjawab kenapa ramai para rasul terdiri daripada kaum yahudi? Adakah salah dan apakah yang sebenarnya ajaran, suruhan dan nasihat oleh para rasul itu akan membawa kita kearah negatif?

Adakah pihak barat lebih bijak daripada Tuhan dan para rasul? Cuba renungkan ayat 179 surah Al-A'raaf ini: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai." 

Melentur buluh biarlah dari rebung!

Apakah akan berlaku sekiranya terlebih lemak dalam sesuatu masakan? Sekiranya dari kanak-kanak itu sudah menunjukkan bakat-bakat seperti sifat degil, malas, melawan dan lain-lain sifat negatif dengan jelas, mestikah kita biarkan? Perlukah dan patutkah kita menghukum mereka untuk mengatasi sifat-sifat negatif ini? Apakah akan berlaku sekiranya sifat EQ yang menyeleweng dibiarkan? Bagaimanakah agaknya negara kita apabila sopan-santun, budi perkerti sudah hilang dihati rakyak Malaysia? Berapa banyakkah penjara mesti dibanggunkan untuk generasi akan datang? Apakah fungsi sebenar penjara? Bukankah ini tujuan atau senjata utama pihak barat untuk menghancurkan dan melemahkan kita dengan "implant" IQ yang akan merosakkan EQ?

Masih tidak cukupkah pembelajaran untuk kita memerhati pihak barat, bagaimana cara kehidupan sebahagian anak-anak muda mereka dengan "melawan, meninggi suara, memukul, menyaman (court case) ibubapa sendiri, free sex, dadah (menagih atau menjual), anak luar nikah, porno dan lain-lain lagi. Mungkin sukatan dalam keugamaan adalah sesuatu yang MENYUSAHKAN mereka! Perlukah kita ikut? Adakah masih belum cukup anak-anak luar nikah dibiarkan? Adakah anak-anak luar nikah ini akan berbahagia dengan tidak mendapat kasih sayang dan bimbingan nilai-nilai EQ daripada ibubapa mereka sendiri? Tidakkah mereka berdendam dan perlukah dendam ini di"lepaskan" kepada orang lain? Pasti mereka akan menjadi setidak-tidaknya individualistik dan kasar budi-pekerti? Apakah yang berada di dalam hati anak-anak seperti ini apabila mereka besar kelak dan bagaimanakah sifat dan tingkah-laku generasi seperti ini dimasa akan datang? Tidakkah ini yang dikatakan "deraan kejiwaan kepada anak-anak" dan perlukah kita menyokong ide-ide ini? Siapakah yang bertanggungjawab sekiranya perkara seperti ini berlaku? Anak-anak itu sendiri atau ibunya atau negara atau mereka yang kononnya menjadi "Guardian ala pihak barat"? ** Sebenarnya bukanlah  100% ibubapa (pihak barat) yang bersetuju dengan ide-ide ini iaitu memukul dan mendera tidak dibenarkan! Janganlah kita terlebih lajak daripada laju!

Adakah memukul dan mendenda itu bukannya didikan? Cubalah fahami dulu yang dikatakan pukul dan denda. Dalam isu ini satu definasi saksama, konkrit, berlandaskan fakta dan keugamaan diperlukan. Pukul dan denda yang macam mana dikatakan mendidik atau penderaan, janganlah kita "membabi buta" seperti pihak barat! Cubalah perhatikan kehidupan binatang di Padang Safari. Binatang-binatang disini pun tahu untuk mendidik anak-anaknya sendiri. Malah binatang-binatang ini tidak akan membiarkan anak-anak mereka di ambil dan dididik oleh binatang lain! Perlukah kita mengikut pihak barat? Masih belum cukup kata-kata ini ayat 179 surah Al-A'raa ("mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai")? Adakah ini yang di ingin oleh kita untuk generasi yang akan datang (kehidupan ala barat a.k.a binatang)?

Petikan dalam blog ini (khamis, 4hb 2014) dibawah tajuk "Kontras". Inilah ucapan ibu uncle sebelum pemergiannya, "dalam ramai anak, semasa kecil dulu, kamulah yang selalu dipukul, dimarah dan didenda oleh kami. Ibu sebagai wakil arwah ayah, meminta maaf sekiranya semua itu telah menyakiti diri kamu". Dan inilah jawapan yang diberikan oleh uncle, "saya berbangga kerana mempunyai mak dan ayah yang telah mendidik saya dengan sempurna dan tidak berputus asa sehinggakan Allah swt mengurniakan kejayaan kepada saya dan memahami pelbagai perkara". 

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...