Tuesday, December 22, 2015

Akal (IQ)

Kesibukan harian membuat saya terlupa untuk update blog. Terlupa tidak sama ertinya dengan Pelupa, saya terlupa bukan pelupa. Kah, kah, kah...

Adakah anda tahu bahawa akal itu sebenarnya alat sahaja? IQ (Intelligent Quotion) atau ramai yang mengenali sebagai kecerdikkan akal a.k.a keupayaan akal. Alat fizikal seperti tangan atau kaki, pada lazimnya semua orang tahu untuk apa dan bagaimana ia digunakan. Alat-alat untuk mengenali persekitaran seperti mata, hidung, lidah, telinga dan kulit tetapi akal (IQ) adalah alat non-fizikal yang berada pada diri kita. Bagi mereka yang beragama Islam, mungkin sepotong ayat (14-15) dari surah Al Rahman ini, akan membuat mereka lebih mudah memahami yang dimaksudkan fizikal dan non-fizikal.

Fizikal Manusia.
Al-Quran Surah Ar-Rahman "Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (14) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang, (15)".

Manusia dan jin, kedua-duanya wujud tetapi perbezaannya amat ketara. "Lidah api" juga dikenali sebagai "jisim" adalah alat badan kaum jin. "Tanah liat kering" adalah alat fizikal diri manusia! Adakah sukar atau "pedih" untuk menerima kenyataan diatas? Pernahkah anda melihat orang sudah mati atau pernahkah anda perhatikan bagaimana bentuk mayat yang telah lama? Pernahkah anda dengar susunan perkataan ini "Ashes back to ashes" (asal daripada tanah akan kembali kepada tanah)?

Non-Fizikal Manusia.
Pernahkah anda membaca atau terbaca ayat 156 surah Al-Baqarah (The Cow) "------------: "Sesungguh kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

"Ashes back to ashes (fizikal manusia)" lantarannya apakah yang akan kembali? Luangkan masa anda dan fikir-fikirkanlah sebelum kita "pergi" selama-lamanya.

Akal.
Apakah akal masih berfaedah setelah kita "tamat"? Kemanakah kehebatan akal yang hanya memikirkan hal ehwal keduniaan sahaja sekiranya sudah berada 6 kaki didalam tanah? Bagaimanakah harus kita gunakan akal semasa kita masih hidup didunia ini?

Sukatan IQ, ramai manusia akan berpandu kepada pendapat seperti Stanford Binet, Lewis Terman & Wechsler tetapi ketiga-tiga mereka masih bercanggah cara mengklasifikasikan nilai IQ untuk orang normal. Tidak kira apapun pendapat mereka yang pastinya akal itu adalah alat non-fizikal yang digunakan untuk memproses (informasi, data, maklumat, dll) yang sedang dihadapi ketika itu atau dalam jangka waktu tertentu yang berkaitannya dengan cara logikal (berhujah).

Logikal atau berhujah hanya berpandukan kepada ilmu (informasi, data, maklumat, dll) yang telah miliki dengan bermacam-macam cara tetapi ilmu yang dimiliki oleh akal itu hanyalah sekadar berdasarkan kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Ayat-ayat berikut mungkin boleh memberi sedekit contoh kepada kita untuk memahami cara akal berhujah atau berlogikal.

Al-Quran Surah Ar-Rahman "Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu, dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya."  

Limitasi Akal.
Purata manusia tidak akan menerima sesuatu yang berada diluar batasan logikal. Contohnya persoalan yang berada diluar batasan logika: (1) Untuk kaum Yahudi, Kristian dan Islam - percaya kewujudan ghaib iaitu malaikat dan jin. Nabi Adam tidak berayah dan beribu, (2) Umat Islam - yakin bahawa Nabi Isa hanya memiliki ibu. Banyak lagi perkara yang tidak terjangkau oleh logika tetapi wujud! Pada kaum yang terlalu taksub kepada logika akal akan menolak semua kepercayaan kepada agama! Maka timbullah teori "evolusi hayat manusia"! Perpatah lama:- "masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin!"

Wahai kaum yang terlalu kuat berhujah, bacalah ayat 115 surah Al-Mu'minoon (The Believers), berulang-ulang semoga kamu peroleh sesuatu!

Al-Quran Surah Al-Mu'minoon "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (115).

Mengikut fakta Sains bahawa cakerawala ini terbentuk berjuta-juta tahun dahulu. Cuba bayangkan dimanakah logiknya kaum yang tidak percaya kepada agama ini, sekiranya daripada tiada cakerawala ini "tertiba" ada a.k.a wujud tanpa yang menjadikannya! "From nothing to something!" Lucu betul akal kaum ini! Sekiranya kamu seperti itu, teruskan baca catitan dibawah ini dan buatlah definasi sendiri mengenai diri sendiri!

Gila.
Kerosakan akal akan dikatakan gila! Kebanyakan definasi mengenai gila @ sekiranya tidak mampu mengelola masalah atau tidak dapat menjangkau konsikuensi-konsikuensi daripada tindakannya atau @ memperlihatkan perilaku yang tidak secara rasional. Bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?

Al-Quran Surah Ar-Room "mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (7)".

Al-Quran Surah Al-A'raaf "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai (179)."

Setelah membaca definasi "gila" dan setelah memahami (seperti yang tercatat di atas) surah Ar-Rahman, Ar-Room & Al-A'raaf, bagaimana pula definasi "gila" yang sebenarnya? Semua manusia tahu bahawa kehidupan di dunia tidak akan kekal! Baca sekali lagi dan fahamkan serta hayati pendapat dibawah tag "Gila" itu. Apakah akal yang @ tidak mampu mengelola @ tidak dapat menjangkau @ memperlihatkan perilaku yang tidak rasional - Sekiranya salah satu berada pada diri anda, hmm... tidak itu yang dikatakan gila?

Perkemaskanlah Akalmu.
Sekiranya tidak sedemikian, apakah persediaan kita? Apakah pula yang akan mengerakkan akal? Untuk menjawab soalan itu, sama juga kita tanya pada diri sendiri dengan soalan yang senang aje! 

Apabila kita hendak mendengar adakah kita menggunakan kaki atau tangan? Apakah alat yang boleh membuat kita mendengar? hehehe... kanak-kanak tadika pun boleh menjawabnya. 

Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus Cahayaku dan sekiranya dia mendengar, meneliti, memahami dan menghayati dengan bersungguh-sungguh ketika berkursus dan telah mengajar kanak-kanak normal & "special kids", sudah pasti mereka berupaya menjawab soalan ini dengan senang! Sepatutnya mereka tahu bagaimana untuk menghidupkan paten-paten minda. Perbincangan ini memerlukan banyak masa & amat sukar... (kalau tanya pada uncle persoalan seperti ini, sudah pasti dia akan tersenyum dan jawapan ringkasnya iaitu "sifat, nama dan perbuatan yang berkaitan dengan akal!" Kalau dilanjutkan pertanyaan mengenainya dan inilah jawapannya: "lateral, vertical, critical, analytical & entah apa-apa "cal" lagi! ... Satu teka-teki yang sukar untuk kita hendak ulaskan!)

Bagaimana pula untuk kita mengerakan akal diri sendiri kearah kebaikan di dalam kehidupan harian? Baca sekali lagi Ar-Rahman ayat 15 dan fikir-fikirkanlah pula ayat 56-57 surat Adh-Dhaariyat (The Scattering Winds).

Al-Quran Surah Adh-Dhaariyat "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu."


Renungkan ke dalam diri sendiri, ke manakah arah tujuan akalmu ketika hidup!


Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...