Sekian lama tidak update blog ini. Sibuk dan sibuk dan sibuk, itu perkataan yang sesuai yang boleh saya katakan. Kesibukan itu adalah sesuatu yang ada pada diri kita. Setiap hari saya tertanya-tanya bilakah sibuk ini akan tinggalkan saya bukannya saya akan meninggalkan sibuk! Mungkin jawapannya "tidak" kecuali setelah berada didunia lain.
Era perkembangan komunikasi semakin cangkih. Kini kita ada facebooks, whatsup, sms, skype, line, voice recording dan lain-lain lagi. Applikasi telefonlah yang membuatkan saya semakin sibuk sehinggakan masa 24 jam itu terlalu pendek.
Satu hari dan satu malam tetap 24 jam dan tidak mungkin dipanjangkan. Dalam 24 jam kita perlu tidur, makan dan apa saja keperluan yang berkaitan dengan diri dan keluarga. Al-quran surah Adh-Dhaariyat ayat 56 " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." Adakah kita mengawal sibuk atau sibuk mengawal kita? Persoalan yang sama: "adakah kamu menunggang nafsu atau nafsu menunggang kamu?"
Ada orang menyibukkan dirinya untuk mengira harta benda, cari ide untuk menipu orang ramai untuk menjadi popular atau disanjung tinggi, ingin mengawal apa saja dan pelbagai aktiviti yang hanya sia-sia dalam hidupnya.
Al-quran surah Al-A'raaf ayat 179 " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al-quran surah At-Tin ayat 6 " Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus." Persoalannya, kita dalam katagori mana? Hmm...uncle selalu berpesan pada pelajar-pelajarnya "hanya manusia boleh ajar anak manusia untuk jadi manusia, pasti kamu adalah seorang manusia ketika mengajar!" atau jadi seperti di bawah ini...hehehe
Click link for video:
Classic jazz: thank and credit to Jungle Book and Alexey.
Omak ooi, den ni manusia ko?
No comments:
Post a Comment