Dulu semasa tingkatan 3, ada seorang kawanku yang sangat baik hatinya tetapi sayang dia tidak tahu membaca. Awal tahun 60-an, tidak boleh membaca bukanlah sesuatu yang pelik. Perkataan disleksia, "slow learner" atau "kesukaran membaca (OKU)" tidak pernah ku dengar diwaktu itu. Agaknya bagaimanakah untuk dia menimba ilmu?
Ketika usiaku 20-an, ku mula menapakkan kaki ke Kuala Lumpur. Perwatakanku sangat "rugged" dan "carefree" oleh kerana itu ramailah kawan-kawanku. Salah seorangnya ialah pemain bola yang cukup popular tapi dia suka pada perwatakanku itu. Malahan dia seorang yang sangat baik dan sangat bersopan-santun. Satu hari dia telah mengikutku ke rumah dan bermalam di rumahku.
Apabila dia melihat aku bersolat, hatinya sangat terharu dan bercucuranlah airmatanya. Setelah selesai aku bersolat lantas dia bersuara.
Air matanya masih jelas kelihatan lantas dia berkata; "Kau rugged tetapi kau masih bersolat bila cukup waktunya, sedangkan aku cukup popular di mata publik tetapi aku tak tahu untuk mendirikan solat. Malahan aku tak tahu apa yang mesti di baca serta susunan pergerakan dalam solat. Tolonglah ajarkan padaku".
Aku menjawab; "Pergilah belajar dengan orang tua-tua atau baca buku solat".
Inilah jawapannya; "Mak dan ayahku tidak pernah ajar aku bersembahyang dan aku sudah cuba membaca buku cara bersolat tapi aku fikir bacaan dalam tulisan rumi tu, mungkin tidak betul atau aku yang tak tahu membunyikan dengan betul. Aku tak tahu baca Al-Quran".
Akhirnya aku mengajarnya cara bersolat dengan mengikuti perbuatanku sahaja. Kemudian ku ajar Al-Fatihah setelah dia menghafalnya, aku ajar pula bacaan tahayat akhir. Hampir satu bulan setiap hari untuk mengajarnya. Setelah itu dia mula bersembahyang seperti muslim yang lain-lain.
Andai kata adalah kaum manusia yang mengatakan anak-anak tidak perlu diajar membaca... Ini pertanyaanku; "Sanggupkah kamu melihat mereka yang seperti dalam cerita diatas dan mahukah kamu berkongsi dosa-dosa?"
Tuesday, January 21, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar ...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...