Monday, May 18, 2020

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia.
Manusia makin pupus ditelan keadaan.
Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan.
Politik pula mengila membabi buta.
Kecamuk disana sini tanpa belas-kasihan.
Fitnah melanda bagaikan taufan menusuk hati setiap insan.
Marah, benci, dengki, sakit, lapar & stress menjadi serapan kejiwaan.
Masih adakah agaknya sudut di dunia ini yang terselamat?
Haruskah kita terus-menerus hidup bagaikan layang-layang tanpa talinya?
Mestikah kita mengikut telunjuk kaum gila yang tiada berhati-budi?
Kenapakah ajaran Nabi saw kita lemparkan disisi?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Luangkan masamu sejenak, sedetik.
Tenangkan perasaanmu bagaikan air ditempayan sesaat.
Renungkanlah kehidupan dengan pertanyaan.
Apakah semuanya berlaku tanpa ada alasan?
Apakah manusia mengawal keadaan?
Atau keadaan mengawal manusia?
Adakah kita mesti hidup bagai haiwan tanpa sukatan?
Adakah ini satu pengajaran dari Al Munaqim?
Tidakkah susunan perkataan ini memberi bekas serta torehan keyakinan kejiwaan?
“La hawla wa laa quwwata illa billahil ‘aliyil azim”, tahukah ertinya?
Ingat, pegang, dakap dan telanlah erti-patinya !!!
Tahukah kamu setara susunan perkataan itu?
Sudahkah atau telahkah kamu membaca Surah Al-Jinn?
"Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu."
Masih ingatkan nama Maalikul Mulk?
Lupakah kita nama serta erti Al ‘Affuw, Al Ghoffar & Al Ghaffur?
Ingatlah Dia adalah Allah, Al Ahad, Al Waahid, Al Hayy, Al Qayyum, Al Haqq !!!
Dia juga adalah As Samii', Al Basyir, Al 'Adl, Al Latif, Al Jalil dan sudah pastinya Dia Al Waasi'.
Tidakkah selama ini di dunia Dia adalah Al Wadud, Al Wakil, Al Wahhab dan Ar Razzaq?
Bukankah Dia itu Al 'Alim, Al Fattah dan Al Ghoniy?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Hindarkan dirimu terpaut, tertipu menjadi hamba permainan duniawi.
Penuhkan, isikan, biasakan dirimu dengan harapan, keasyikan memujiNya.
Semoga sejarah hitam ini berlalu bagaikan debu ditiup bayu.....
Ingatlah kalamNya dalam Surah Al-Muzzammil:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
"Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu."
"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik."
"Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa,"
Credit to the owner of the picture... 

Tuesday, January 21, 2020

Solat Dalam Kehidupan.

Dulu semasa tingkatan 3, ada seorang kawanku yang sangat baik hatinya tetapi sayang dia tidak tahu membaca. Awal tahun 60-an, tidak boleh membaca bukanlah sesuatu yang pelik. Perkataan disleksia, "slow learner" atau "kesukaran membaca (OKU)" tidak pernah ku dengar diwaktu itu. Agaknya bagaimanakah untuk dia menimba ilmu?

Ketika usiaku 20-an, ku mula menapakkan kaki ke Kuala Lumpur. Perwatakanku sangat "rugged" dan "carefree" oleh kerana itu ramailah kawan-kawanku. Salah seorangnya ialah pemain bola yang cukup popular tapi dia suka pada perwatakanku itu. Malahan dia seorang yang sangat baik dan sangat bersopan-santun. Satu hari dia telah mengikutku ke rumah dan bermalam di rumahku.

Apabila dia melihat aku bersolat, hatinya sangat terharu dan bercucuranlah airmatanya. Setelah selesai aku bersolat lantas dia bersuara.

Air matanya masih jelas kelihatan lantas dia berkata; "Kau rugged tetapi kau masih bersolat bila cukup waktunya, sedangkan aku cukup popular di mata publik tetapi aku tak tahu untuk mendirikan solat. Malahan aku tak tahu apa yang mesti di baca serta susunan pergerakan dalam solat. Tolonglah ajarkan padaku".

Aku menjawab; "Pergilah belajar dengan orang tua-tua atau baca buku solat".

Inilah jawapannya; "Mak dan ayahku tidak pernah ajar aku bersembahyang dan aku sudah cuba membaca buku cara bersolat tapi aku fikir bacaan dalam tulisan rumi tu, mungkin tidak betul atau aku yang tak tahu membunyikan dengan betul. Aku tak tahu baca Al-Quran".

Akhirnya aku mengajarnya cara bersolat dengan mengikuti perbuatanku sahaja. Kemudian ku ajar Al-Fatihah setelah dia menghafalnya, aku ajar pula bacaan tahayat akhir. Hampir satu bulan setiap hari untuk mengajarnya. Setelah itu dia mula bersembahyang seperti muslim yang lain-lain.

Andai kata adalah kaum manusia yang mengatakan anak-anak tidak perlu diajar membaca... Ini pertanyaanku; "Sanggupkah kamu melihat mereka yang seperti dalam cerita diatas dan mahukah kamu berkongsi dosa-dosa?"

Friday, April 5, 2019

Edu Sync a.k.a Cahayaku

Edu Sync Solution (ESS) adalah penggerak kepada Cahayaku buat masa sekarang dan akan datang.

Kalau dahulu Uncle dan Aunty Chahaya adalah penyelidik dan pereka konsep, kini generasi seterusnya bakal menggerakkan Cahayaku sebagai legasi masa hadapan. Edu Sync baru belajar bertatih namun insya Allah semoga lebih maju.

Ini adalah sebahagian dokumentasi pembinaan ofis baru Edu Sync yang akan beroperasi di Kajang, Selangor. Kursus-kursus Arabi dan Qurani juga akan mula dijalankan di sini.








Night vision.


Wednesday, January 2, 2019

Masa, Cahayaku & Penyelidik.

Surah Al-Fath ayat 23:

Anything special 2019? Perubahan fizikal atau struktur bumi adalah sesuatu yang normal. Bagaimana dengan diri kita, perubahan ke arah positif atau negatif? Ramai yang mengenali Uncle, hmm Uncle pun mengalami sama macam kita tetapi sejak akhir-akhir ini Uncle agak berkurangan untuk memberi ceramahnya, mungkin hendak memberi laluan kepada penceramah muda atau fakta usia atau sakit yang pastinya hanya dia sendiri yang tahu alasan yang berada dalam lubuk hatinya. Sekiranya anda tidak berkesempatan menemuinya lagi disebabkan waktu, tempat atau apa saja halangan dan ini pesanannya, "Mohon maaf kepada semua kenalan, orang-orang yang pernah ditemui, pelajar tua, muda atau kecil yang dinamakan manusia di dunia ini".

Inilah video yang pernah digubahkannya ketika beliau melalui kesulitan (fizikal, EQ & IQ) dalam kehidupannya (lebih kurang 9-10 tahun lepas), untuk kita semua tetapi saya pernah uploadkan dalam FB serta blog tanpa pengetahuannya sekitar tahun 2011.

Kedatangan tahun 2019 bererti kita semakin dekat kepada saat perpisahan hayat dan azam yang baru, sekali lagi saya uploadkan video ini untuk tatapan bersama, selamat berfikir serta menganalisa untaian kata-katanya, semoga kita beranjak kearah positif.


Titipan Ingatanmu wahai isteriku
dan juga mereka-mereka.
dariku: Zahari Mohamad.

Masa akan pergi
tak mungkin masa itu menungguku.
Masa tetap berlalu
walaupun ada yang menghalangnya.

Biarkan masa melukiskan kenangan.
Usahlah ditangiskan pemergiannya.
Masa tak mungkin berhenti.
Tapi nafasku akan terhenti.

Bicaraku meliputi EQ dan secalit IQ.

Keheningan.
Pilu, sedih dan hiba.
Kabut dan kabus jiwa.
Resah, kasih dan rindu.
Harapan, ikhlas serta tulus.

Menanti.
Melangkah.
Sabar, menunggu dan menanti.
Gelak tawa gembira serta senyuman.
Bertemu dan berkawan
Seiring dan sejalan

Warna-warni kehidupan
Titik-titik pengertian
Satu saat atau satu detik.
Melusuri perjalanan.

Bulan tak selalu terang.
Bulan tak mungkin senantiasa di situ.

Berfikir
Nafas.
Sunyi, sepi dan tenang.

Kajianku, penyelidikanku tetap
berada bersama-samamu.
Walaupun masa telah berlalu.

Bayanganku tetap bersamamu.
Tingkahlaku dalam lipatan ingatanmu.

Walaupun fizikalku tiada disisimu.
Allah Ya-Rahim...tetap bersamamu.

Tuesday, October 9, 2018

Anak

Hadis hadis ini berulang-kali disebut oleh manusia yang beragama Islam tetapi adakah ianya memberi kesan keatas hati manusia yang bernama Islam atau hadis ini hanya dijadikan sekadar koleksi dalam falsafah Islam?

Ada 3 hadis (berwarna merah) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang ingin di kemukakan. 

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Baihaqi)

"Jack of all", sedap bunyinya tapi betul ke? Kita hanya mempunyai kepandaian yang tertentu sahaja sedangkan orang lain pula kepandaian mereka mungkin kita tidak memilikinya.

Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” (HR Bukhari dan Muslim 2628)

Cerita legenda Tarzan semua orang tahu tapi mungkin persoalan seperti ini pernah terkeluar dalam minda kita, kenapa Tarzan berwatak seperti beruk? Jawapannya senang kerana Tarzan dididik orang beruk.

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih).

Setelah 20 tahun kami berkecimpung dengan jayanya dalam bidang pendidikan untuk kanak-kanak "normal" dan "special" untuk B.Malaysia B.Inggeris dan yang terkini B.Arab serta B.Qurani. Sistem kami ialah mimik bukannya mnemonic, rhythmic, phonic, iqra' atau syllable. Orang-ramai tidak mungkin tahu mengenai sistem kami, sekiranya mereka tidak pernah mengikuti kursus ini. Kami sangat teliti dalam menyusunnya (termasuk susunan perkataan, warna, cara menggunakannya dan lain-lain lagi. Malahan sistem ini akan merubahkan watak pelajar). Rujuk pada "Appreciation" dalam blog ini iaitu surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam 2.4. "Menanamkan budi pekerti dan ketrampilan rohani yang bersih"

http://www.educahayaku.com/p/appreciation.html

Tanpa buku yang original, jawabnya kamu ditipu dan dikhianati oleh kaum "berhati hitam" sebab buku kami tidak akan dijual kepada mana-mana pihak kecuali pada mereka yang telah tahu menggunakanya dan telah mengikuti kursus. Oleh itu pastikan anak anda di ajar oleh guru yang memiliki sijil mengikuti kursus daripada kami. Ketegasan kami dalam menjaga kesempurna perjalanan sistem telah membuatkan ada beberapa individu menaburkan fitnah. Kami tidak ada mengikut telunjuk kaum-kaum tertentu. Link video sebahagian pelajar yang telah belajar menggunakan sistem kami.

https://www.youtube.com/results?search_query=educahayaku
atau
https://www.facebook.com/educahayaku/

Banyak manusia sekarang ini yang lebih penting dunia daripada akhirat. Duit bagi mereka lebih penting dan mereka sanggup menipu, berlagak alim atau sanggup berlagak bagaikan "Jack of all" dan bermacam cara kerana duit & duit ! Hindarkan anak dan diri anda sendiri daripada jadi mangsa kerakusan mereka-mereka ini dalam dunia pendidikan. Biarlah perpatah ini sentiasa bermain dikepala selama masih hidup. "Sekiranya guru seekor beruk maka lahirlah anak-buah yang berwatakan seperti beruk". Fahamkan 3 hadis diatas sudah jelas mengenainya. 

Sekiranya tuisyen, tadika atau mereka-mereka yang telah digugur daripada senarai kami bererti mereka telah melakukan sesuatu yang sangat serius. Kami tidak memerlukan kaum berhati hitam dalam mengimplimentasikan sistem kami diluar sana. Kami tidak mahu anda dan anak anda menjadi mangsa kepada mereka.

Pesanan dari kami, sekiranya anda tidak ingin menyesal dikemudian hari, ingatlah 3 hadis diatas ketika hendak menghantar anak-anak anda ketempat untuk mereka menimba ilmu! Untuk sistem kami sila check. 

http://cahayaku.com.my/lokasi/index.htm

Semoga Allah swt memberikan kita dan generasi yang akan datang, hidup dalam aman, berilmu dan penjalanan hidup sebagai "manusia bersifat manusia bukannya manusia bersifat kebinatangan".

Pesanan terakhir kali ini: "Kematian adalah satu kepastian. Sekiranya kita melupakannya, dia tidak pernah lupakan kita. Mengajilah Al-Quran sebelum sanak-saudara mengaji untuk kita". 

Sekiranya anda sudah tua atau masih belum fasih membaca Al-Quran, jangan putus-asa. In syaa Allah Cahayaku (B.Arabic & B.Qurani) boleh membantu anda. Semasa beribadah cubalah fahami surah 109 Al-Kaafiroon berserta dengan maksudnya.



Wednesday, June 13, 2018

Pendapat Atau Menghasut?

Cuba fikirkan apa yang dialami oleh kanak-kanak ini dan ibu/bapanya? video ini di viralkan untuk mengajar kaum-kaum yang tertentu....terima kasih pada guru yang uploadkannya.
 Adakah kamu rasa kelakar dengan cara dia membaca atau kasihan?

"Apakah pendapat anda sekiranya anak yang masih kecil boleh membaca dengan lancar?" Pertanyaan seperti ini biasanya akan mengundang pelbagai jawapan dan tidak kurang pula dikalangan mereka mengeluarkan pendapat yang agak radikal berpandukan pendapat individu-individu tertentu atau berdasarkan kepada teori-teori yang pernah mereka dengar. Pendapat mereka bahawa kanak-kanak diperingkat awal hanya perlu diajar untuk bermain dan bersosial sahaja! Tidak kurang juga para pengusaha taska dan tadika yang menyokong pendapat ini! Sebenarnya mereka mengikut telunjuk (malahan takut) si anu anu tu tanpa berfikir! Pada mereka-mereka ini, hentikanlah dan janganlah cari rezeki dengan cara menyakiti hati orang lain! Sekarang ini zaman si anu anu sudah tamat...

Bagaimana pula sekiranya kita bertanya, "Sekiranya seorang kanak-kanak tidak suka atau pandai bermain, adakah itu perkara normal?" Sudah pasti majoriti akan mengatakan "itu tidak normal" sebab bermain tu adalah dunia kanak-kanak. 

Pada pendapat kamu, apakah istilah "bermain"? Adakah bermain tu hanya melibatkan anggota fizikal? Apakah yang di ingini atau di harapkan oleh kanak-kanah ketika mereka bermain? Jawapan yang sering kita dengar ialah kepuasan diri, keseronakan, asyik, menghiburkan dan pelbagai lagi. Cara bermain menggunakan diri fizikal tidak perlu diterangkan kerana ramai yang boleh menjawabnya. Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak yang bermain menggunakan minda, adakah cara ini juga di istilahkan sebagai bermain? 

Sistem Cahayaku sebenarnya mengajar kanak-kanak bermain dengan kaedah minda. Bagi mereka mengatakan bahawa membaca diperingkat awal (4 - 6 thn) satu bebanan adalah mereka-mereka yang tidak memahami istilah membaca secara menyeluruh. Untuk menerangkan persoalan ini agak panjang, rumit dan kompleks tetapi boleh dimudahkan dengan soalan seperti ini: "adakah bermain itu jadi bebanan pada diri kanak-kanak?" Cubalah faham apa yang dimaksudkan/dikatakan "decoding and comprehension". 

Pengekodan (decoding) adalah keupayaan untuk menerapkan pengetahuan mengenai hubungan suara-suara, termasuk pengetahuan tentang pola huruf, untuk mengucapkan kata-kata bertulis dengan betul. Memahami hubungan ini memberi kanak-kanak kemampuan untuk mengiktiraf kata-kata biasa dengan cepat dan untuk mengetahui kata-kata yang tidak pernah mereka lihat sebelumnya.

Cuba perhatikan video ini. Adakah mereka bermain atau bebanan membaca?


Pelajar ini melakukan "decording" atau "comprehension"? Perhatikan jawapan yang diberikan oleh pelajar ini.

Adakah cara ini dinamakan bebanan bermain? Perhatikan persekitarannya dan dengarkan dengan teliti soalan yand dikemukan diakhir klik ini...

Ada 3 video klik diatas, tidak kira semada anda seorang ibu/bapa, penguasaha atau guru, fikir-fikirkan apakah yang terbaik untuk generasi akan datang.

Pesanan kami: Jangan tertipu, terpengaruh dengan teori-teori/ide-ide pihak-pihak tertentu atau individu-invidu yang akan merosak/memalukan generasi kita mahupun diri sendiri.

Monday, April 9, 2018

Hati



Perkataan "hati" terdapat dua maksud. Hati fizikal semua manusia tahu tetapi hati non-fizikal ramai yang masih bercelaru dengan erti yang sebenarnya. Soal hati non-fizikal telah banyak dibincangkan oleh ulamak tetapi sayang bagaikan "curah air di atas daun keladi".

- Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci bersih. Maka ibu/bapalah yang menjadikan mereka samaada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi (Riwayat Bukhari & Muslim).

Guru taska, tadika atau kelas pemulihan perlu memahami erti inti-pati maksud dalam hadis diatas. "Sekiranya isi hati pendidik itu seperti beruk maka jadi anak muridnya seperti tarzan"

Peringkat awal ketika Uncle berceramah mengenai Sistem Cahayaku dia tidak akan mendekati para pelajarnya hanya sekadar menggunakan perkataan untuk membetulkan mereka. Sikap Uncle sebegini menyebabkan banyak kes yang tidak diingini yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Salah seorang pelajarnya adalah ustazah dari sekolah tahfiz. Semasa dalam sessi kelas Cahayaku, ustazah itu berulang-kali menyatakan bahawa apa yang diajar itu terlalu senang malahan kenyataannya bahawa dia pernah terdedah dengan sistem yang hampir sama dengan Sistem Cahayaku.

Empat atau lima minggu selepas kursus itu kami mendapat panggilan daripada ustazah tersebut kerana dia menyatakan bahawa tidak ada seorang pun pelajar berjaya membaca dengan sempurna untuk logik gabugan "m" dengan "a" malahan masih ramai yang tidak boleh bunyikan diftong dengan sempurna. Jumalah pelajarnya sekitar 35-36 orang berusia 7 sehingga 12 tahun.

Ketika disana kami mengambil lebih-kurang 1 jam dan hampir 30 pelajar boleh membaca dengan sempurna cerita (ms-21). Ketika kami mahu pulang ini ucapan Uncle kepadanya "kan senang aje Sistem ini" tetapi muka ustazah itu terus berubah. Perubahan mukanya membuatkan Uncle teringat perkataannya ketika didalam kelas dulu.

Ketika didalam kereta Uncle belingan air-mata dan menyebut berulang-ulang kali ayat ini, "aku yang salah. Aku yang terlalu kedekut kerana terlalu menyukat diri sendiri (hati) untuk membetulkan ustazah itu, sedangkan dia memegang amanah ibu/bapa untuk mendidik anak mereka!!".

Uncle berpaling kepada saya serta menyatakan bahawa dia akan mengubah cara penyampaian ceramahnya dan juga dia tahu cara ini akan menimbulkan fitnah keatas dirinya sendiri. Kini kenyataan itu terjadi. Biasanya mereka-mereka ini jadi guru tadika/taska yang hanya pentingkan "gaji" sahaja tanpa memahami erti amanah mendidik yang selalu suka membuat tomahan yang melulu. Cuba perhatikan persoalan hakikat hati dibawah ini.

1. Berita dari akhbar: Seorang suami dari Timur Tengah yang tidak membenarkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Akhirnya si isterinya "pergi" dan si suami tidak berpuas hati kerana "permergian" isteri lantas dia menyaman hospital itu disebabkan ketiadaan doktor perempuan... hmm, pada peringkat awal terlalu "bersukat" dengan tidak membenar doktor merawat isterinya... kenapa tidak menyukat hati untuk menerima ketentuan Allah s.w.t

2. Dengar & analisa sendiri bab hati



3. Petikan dari atikal: "Tidak kurang juga penglibatan wanita dengan bidang perubatan. Wanita memainkan peranan penting dalam urusan merawat dan menguruskan pesakit di zaman Rasulullah. Rufaydah al-Ansariyyah adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang ini. Beliau turut mempunyai satu khemah khas di sisi Masjid Nabi yang berperanan seperti klinik untuk menguruskan mereka yang cedera atau sakit, samada ketika tempoh perang atau dalam situasi yg aman. Selain Rufaydah, al-Rubayyi’ binti Muawwiz bin Afra’ digambarkan sebagai seorang yang berperanan menjalankan tugas kejururawatan buat perajurit Muslimin ketika perang. Beliau turut menyertai beberapa peperangan bagi melaksanakan tugas tersebut."

Bagaimana agak tugasan mereka... mungkin pakai tuip-tuip aje kut tanpa sentuh! Agaknya perempuan-perempuan ini tahu tak agama?


*** Pesan Uncle, "kalaulah hati itu terlalu bersukat soal duit aje daripada memahami perkataan "amanah dalam didikan" ...carilah kerja lain".

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...