Ibubapa / Tadika
1. Leena :
Salam,
Terima kasih saya ucapkan pada Kak Cahaya & suami kerana bertungkus lumus mendidik anak saya yang ketiga yg merupakan seorang kanak2 hyperaktif. Agak sukar untuk dia belajar kerana dia tidak boleh fokus pada sesuatu dengan khusyuk malah pada mula persekolahan pun dia menulis dengan terbalik. Tapi berkat kesabaran Kak Cahaya dan tenaga pengajar disekolah Tadika Cahayaku, anak saya sudah boleh membaca & menulis dengan baik.Saya sangat kagum melihat pencapaiannya.Malah sekarang dia sudah memasuki alam persekolahan yang sebenar dan mendapat kepujian dari gurunya dikelas. Malah dia selalu dipanggil ke hadapan kelas untuk membaca lalu murid-murid lain mengikut dia membaca.Ia siapa sangka anak saya yang lemah boleh membaca dengan baik dalm bahasa Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah.
Terima Kasih pada semangat yang diberikan oleh Kak Cahaya & suami.Saya rasa bersyukur sangat sebab anak saya sudah boleh membuat kerja sekolah tanpa dibantu. Boleh dikatakan dalam kelas anak saya tu masih ramai yang belum membaca. Saya berharap sistem Cahayaku ni dapat diluaskan lagi.
Terima Kasih pada semangat yang diberikan oleh Kak Cahaya & suami.Saya rasa bersyukur sangat sebab anak saya sudah boleh membuat kerja sekolah tanpa dibantu. Boleh dikatakan dalam kelas anak saya tu masih ramai yang belum membaca. Saya berharap sistem Cahayaku ni dapat diluaskan lagi.
Siti Suhana 06 April at 16:49 Report
Terima kasih cikgu chahaya kerana mengajar hani membaca dengan baik. hani sebut nama cikgu setiap pagi... cikgu chahaya katanya. dalam pelat tapi nama cikgu bersungguh-sungguh nak diingati.saya seronok dengan perkembangan hani. semakin hari semakin baik. tahniah kepada semua guru, cikgu parames, cikgu sarimah, cikgu amy dan cikgu ina.terima kasih cikgu..
by Shida Ma on Tuesday, 26 April 2011 at 10:20
Bila disebut "Cahayaku" ,ianya tidak asing lagi di kalangan pendidik terutama yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang cuba menyangkalnya.Apa pun pandangan orang, bagi diriku , tiada salah dan betulnya...mungkin bagi mereka yang suka mengkritik disebabkan mereka belum betul-betul mengenali kaedah ini....TAK KENAL MAKA TAK CINTA!!!
Aku mula berkenalan dengan "CAHAYAKU" lebih sepuluh tahun yang lalu...apa yang boleh ku katakan "MIRACLE"...mula berkenalan hanya selama dua hari pada tahun 2000...pelbagai persoalan timbul di kotak mindaku... kenapa, bila ,bagaimana "CAHAYAKU' boleh mengubah kanak-kanak...penuh dengan persoalan yang butuhkan jawapan...dengan ringkas dijawab oleh En.Zahari "HANYA MANUSIA YANG DAPAT MENGAJAR ANAK MANUSIA MENJADI MANUSIA"..
Selama lebih sepuluh tahun bersama "CAHAYAKU"...aku telah mendidik lebih daripada seribu orang kanak-kanak yang datang dari pelbagai corak dalam kehidupan, ada yang normal dan tak kurang yang "istimewa"...Alhamdulillah, semuanya dapat menguasai kemahiran membaca bahkan terbina jatidiri mereka.Bagaimana "CAHAYAKU" lakukan...hanya dengan lima huruf vokal dan lima huruf konsonan, segala-galanya terbentuk...mewarna,menulis,mengira,mengeja,mengarang,memahami dan membentuk jatidiri kanak-kanak...aku tidak mahu mengulas panjang kerana untuk mengetahuinya layari http://www.educahayaku.com/
Secara peribadinya, "CAHAYAKU" merupakan penyinar hidupku, disaat-saat tadikaku mengalami kesakitan,disaat aku memang butuhkan teman untuk penyelesaian, di ketika keyakinanku jatuh merundum,disangkakan kawan rupanya lawan ...ku temui "CAHAYAKU"..di situ ku temui cahaya yang membangkitkan semula keyakinanku, yang sanggup membara kembali semangatku yang hampir luntur, mencantumkan semula hatiku yang koyak rabak untuk membina sebuah empayar tadika dengan wajah yang baru...daripada hampir rebah, aku bangun semula dengan gagah...syukur ALHAMDULILLAH dan terima kasih yang tidak terhingga untuk En.Zahari dan Puan Chahaya (founder of "CAHAYAKU")..bagiku mereka dah seperti keluargaku..dan "CAHAYAKU" dah jadi sebahagian daripada hidupku..bermula dari detik itu aku mula melangkah dari sebuah tadika kepada beberapa cawangan tadika yang dapat aku kelolakan. Dengan izin Allah kini dapatku kendalikan empat cawangan tadika dan sebuah sekolah rendah agama...semuanya bermula dari sini.
Terima kasih jua kepada Edu Cahayaku Sdn.Bhd. kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi koordinator di Sabah.Kini "CAHAYAKU' bertapak utuh di bumi Bawah Bayu dengan lebih daripada duapuluh buah tadika menggunakan kaedah "CAHAYAKU"..insyaAllah dengan pelancaran Pusat Kemahiran Cahayaku nanti diharapkan seluruh bumi Sabah akan disinari oleh "CAHAYAKU"...sesungguhnya hambaMU ini tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMU jua, YA ALLAH...
nukilan : Norshamsida Mohd.Ariffin
Tadika Intensif Cahayaku Sabah.
Liza Said
Saturday, May 21, 2011.
Cahayaku...
Alhamdullilah syukur atas nikmatnya, terjalin satu lagi silaturahim dengan saudara sesama Islam, semoga ia memperolehi rahmat dan keberkatan dari Allah swt...Amiin
Kak, anak sulong saya mengalami kesukaran membaca ketika di darjah satu (saya baru perasan selama ni dia menghafal semua alpabet jer...) so saya mula hantar ke Tuition Center di Batu Caves menggunakan konsep Cahayaku, less than 2 months dia dah lancar membaca.
Di masa yg sama anak ke-2 saya juga di center yg sama pada umur 5 tahun setiap hujung minggu dan di Tadika MIMOS, Technology Park Malaysia secara sepenuh masa. Guru berlesen mengajar & by early 6 dia dah lancar membaca.
Anak ke-3 di Tadika MIMOS juga, cuma anak yg ni lambat sikit penerimaannya, saya kene arrange private tuition dgn cikgu di Tadika tu khas utk ajar dia 1-1. Alhamdullilah within 3 month dah catch-up, masa tu dia berumur 6 tahun.
And my last one, umur 5 tahun dah membaca di Tadika Darul Qayimmah, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, mereka juga menggunakan buku Cahayaku.
Secara kesimpulannya saya berpendapat method Cahayaku ni easy, simple dan fun way to learn how to read. Budak2 happy & tak malas nak belajar.
Saya doakan perniagaan Kak Cahaya terus maju & mendapat sokongan community setempat, Amiin
Coretan:
Liza Said
Ibu
Testimonial
Sunday, May 22, 2011.
Saya Shuhaiza Bt Shafie, pengetua Tadika Tunas Cahaya. Mempunyai 2 cawangan tadika di Pandan Indah dan Pandan Mewah. Dianggarkan seramai 70-80 murid-murid setiap tahun. Sejak tahun 1999, saya telah menggunakan buku2 Cahayaku sebagai buku2 panduan asas bagi pembelajaran murid-murid saya. Ini kerana saya dapati, kandungan buku2 Cahayaku menepati konsep 'cepat membaca' dan memberikan kesan yang cepat berbanding buku2 panduan lain. Setelah 12 tahun menggunakan buku2 Cahayaku, saya amati kesannya sangat memberangsangkan dan turut mendapat permintaan daripada ibubapa/penjaga murid-murid. Saya sangat berpuashati dengan produk ini dan akan terus menggunakannya selagi diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Kata-kata dari Pengetua Tadika:
Shuhaiza Shafie
pengetua Tadika Tunas Cahaya (Pandan Indah & Pandan Mewah).
Testimonial
Sunday, May 28, 2011.
Saya seorang ibu muda yang terpegun sekiranya anak saya dapat membaca diusia 4 tahun/ 5 tahun. Bagi saya anak adalah segalanya2nya. Kejayaan anak adalah kebanggaan saya. Saya telah menghantar anak saya ke sebuah tadika yang tidak kurang hebatnya iaitu S**** R***** di Kuala Lumpur ini. Saya mempunyai alasan tersendiri, mengapa saya menghantar anak saya ke tadika tersebut. Setelah 2 tahun saya mengahantar anak saya ke tadika tersebut, saya mendapati anak saya tidak dapat membaca.Saya selidik punya selidik, tadika ini menggunakan kaedah suku kata. Saya telah disarankan oleh guru tadika ini, supaya menghantar anak saya tuisyen di tadika ini pada waktu petang. Saya memilih dengan tidak menghantar anak tuisyen di tadika itu. Pada suatu hari, saya ternampak satu banner semasa saya dalam perjalanan ke satu pusat membeli belah di Wangsa Maju. Saya terpegun dan terus menghubungi center tersebut. Alhamdullillah, berkat kesabaran menghantar anak saya selama 4 hari seminggu iaitu Isnin dan Rabu di sebelah malam, Sabtu dan Ahad hanya dalam masa sebulan anak saya telah dapat membaca menggunakan kaedah membaca Cahayaku. Sebelum saya menemui teknik membaca dengan cepat dan mudah ini, saya telah mengajar sendiri anak saya menggunakan buku B****** A***** seperti yang ada dipasaran. Tetapi, bila sampai buku 3, anak saya tidak mahu membacanya lagi. Setelah saya menemui teknik Cahayaku ini, anak saya menjadi ketagih untuk membaca. Mana tidaknya, pantang nampak signboard semua dibacanya. Sedangkan sebelum ini, signboard yang selalu dilihat langsung tidak dihiraukan. Saya bersyukur, selain anak saya dapat membaca dan ketagih untuk membaca, ianya telah menjadikan satu hobi kepada anak saya. Mana taknya, bila ditanya, bila boring kakak suka buat apa. Nah! terkejut saya dengan jawapannya. Kakak suka baca buku. Alhamdulillah, Cahayaku telah memupukkan minat dan budaya membaca kedalam diri anak saya. Secara kesimpulannya saya berpendapat teknik Cahayaku ni easy, simple dan fun way to learn how to read. Budak2 happy & tak malas nak belajar. Terima kasih Cahayaku. Saya doakan Kak Cahaya dan Abang Zahari terus maju & mendapat keberkatan dalam usaha memajukan anak bangsa... Amiin
Coretan:
Eizy Ruslan (Ibu Kepada Nur Irdina)